Norton Commando SportNorton ketika ini telah diletakkan bawah pengendalian administration (insolvensi) susulan kegagalan membayar hutang. Bagaimanapun, Motorfans.com.cn melaporkan ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stuart Garner, sempat memeterai perjanjian dengan CEO Jinlang, Wu Huacong, untuk menjual hak pemilikan dan rekaan enjin 961. Laporan itu mendakwa perjanjian kerjasama strategik telah pun dimeterai yang bakal menyaksikan Jinlang…
Tag: norton
Baru-baru ini, media luar melaporkan Norton Motorcycle berdepan masalah kewangan yang serius sehingga gagal menjelaskan cukai. Mereka kini ditempatkan dalam pentadbiran atas kegagalan melunaskan cukai di samping tidak mampu menyiapkan tempahan motosikal. Senario ini sekaligus menyaksikan lebih 100 pekerja di kilang Castle Donington berdepan dilema. Ditubuhkan di Birmingham, Norton mula menghasilkan motosikal seawal tahun 1902…
Norton telah bekerjasama dengan Breitling bagi menghasilkan model edisi terhad Norton Breitling Sport. Hanya 77 unit ini yang akan dikilangkan. Kedua-dua syarikat ini memiliki sejarah yang panjang dalam bidang masing-masing.
Norton Motocycle Company telah memeterai kontrak bernilai £5 juta bersama dengan pengedar di Jepun. Perjanjian ini akan menyaksikan penghantaran 1,000 buah motosikal dalam tempoh lima tahun. Perjanjian ini membolehkan Norton untuk menambah bilangan tenaga kerjanya.
Motosikal Norton Superlight telah diperkenalkan selepas model Atlas. Motosikal baharu ini menggunakan enjin yang sama seperti model Atlas namun telah ditala untuk perlumbaan. Enjin 650cc motosikal ini mampu menghasilkan 105hp dan ianya hanya seberat 158kg.
Motosikal Norton Atlas Ranger dan Norton Atlas Nomad telah pun diperkenalkan. Kedua-dua model ini adalah motosikal jenis scrambler yang dijana enjin 650cc. Model Ranger mempunyai kebolehan ‘off-road’ manakala model Nomad pula untuk kegunaan jalan raya.
Norton Motorcycles akhirnya telah mengesahkan penunggang kedua mereka bagi kempen Isle of Man TT 2018, John McGuinness. Bagi menghangatkan lagi suasana, gambar-gambar McGuinness bersama dengan motosikal Norton V4 RR SG7 telah pun tersebar di atas talian internet. Pemenang TT sebanyak 23 kali itu akan meneruskan kerjaya perlumbaan jalan rayanya pada tahun ini bersama dengan penunggang…
Norton telah mengesahkan yang Josh Brookes akan meneruskan kerjaya perlumbaan jalan rayanya bersama mereka di Isle of Man TT 2018. Pelumba motosikal superbike dari Australia berusia 34 tahun itu akan mengemudi jentera yang cukup terkenal, Norton V4 RR 1,200cc. Perlumbaan Isle of Man TT 2018 akan bermula pada 26 Mei 2018 hingga 8 Jun…
Ianya telah disahkan bahawa kerjasama di antara John McGuinness dan Honda Racing telah pun berakhir. Berita itu telah disampaikan sendiri oleh juara TT 23 kali tersebut di majlis makan malam amal tahunan Joey Dunlop Foundation. Pelbagai spekulasi telah timbul tentang sama ada “King of the Mountain” itu akan menyertai Norton, Tyco BMW, Kawasaki, atau pun…