Jentera perlumbaan Moto2 MV Agusta F2 telah diperkenalkan semalam. Ianya akan menggunakan casis MV Agusta bersama dengan enjin Moto2 Triumph. Penunggangnya terdiri daripada Stefano Manzi dan Dominique Aegerter, setelah pemecatan Romano Fenati.
Tag: MV Agusta Moto2
Pasukan MV Agusta Reparto Corse yang bertanding dalam siri Moto2 telah mengesahkan Romano Fenati sebagai salah seorang penunggang mereka bagi musim 2019. Fenati telah beraksi cemerlang dalam Moto3 pada tahun 2017 namun kini bergelut dengan kesukaran dalam Moto2. Menuruti peraturan Moto2 bagi tahun 2019, MV Agusta akan membina jentera mereka berdasarkan enjin Triumph yang baharu.
Setelah 42 tahun menyepi diri dari persaingan MotoGP, MV Agusta telah mengesahkan kemunculan kembali mereka dalam kejohanan tersebut pada tahun 2019. Satu perjanjian 4 tahun telah dimeterai dengan pasukan Forward Racing yang akan menyaksikan mereka bersaing dalam Moto2. Jentera baru mereka akan memulakan pengujiannya pada bulan Julai bersama dengan enjin tiga selari 765cc terbaru dari…