Ujian pra musim Moto2 dan Moto3 2018 telah berlangsung baru-baru ini di Valencia. Ketiga-tiga hari ujian berkenaan telah dibantutkan oleh hujan yang telah menyebabkan litar menjadi sejuk. Penunggang dari Malaysia, Zulfahmi Khairuddin (Moto2) dan Adam Norrodin (Moto3) meluangkan masa tersebut menyesuaikan diri dengan jentera masing-masing.
Tag: Muhammad Zulfahmi Khairuddin
Sky Sport telah menyiarkan berita bahawa Hafizh Syahrin akan menyertai kelas MotoGP. Dia akan menggantikan Jonas Folger bagi pasukan Monster Yamaha Tech 3. Sepang Racing Team sudah pun menandatangani Zulfahmi Khairuddin bagi menggantikan tempat Hafizh dalam Moto2.