Untuk Dijual: Jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 WorldSBK Milik Nicky Hayden!

Ten Kate Racing sedang menawarkan jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 WorldSBK tunggangan Nicky Hayden untuk jualan. Motosikal Honda ini adalah jentera yang telah ditunggang oleh mendiang Legenda MotoGP sewaktu dia bersaing dalam kejohanan WorldSBK. Dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan WorldSBK, harga permulaannya adalah pada €95,000 (kira-kira RM436,538).