Hesketh telah mengumumkan bahawa motosikal Cafe Racer Hesketh Sonnet 2017 akan tiba di pasaran UK sebelum bulan September tahun ini. Walaupun tidak dikhabarkan lagi harga yang telah ditetapkan, ianya dikatakan berada pada paras harga sekitar £26,000 (sekitar RM144,740). Motosikal Sonnet ini dijana oleh enjin American S&S V-berkembar 2,100cc yang menghasilkan 142hp dan 210Nm tork.
Tag: Motosikal Tempahan Khas
Motosikal MV Agusta RVS #1 merupakan motosikal yang pertama di bawah program “Jabatan Kenderaan Khas” firma Itali berkenaan. Satu motosikal untuk seorang pemilik khusus adalah konsep utama bagi program RVS ini di mana motosikal ini akan dibuat mengikut idea…
Sebuah lagi video program MV Agusta RVS telah diperkenalkan kepada dunia semalam memperagakan Brutale 800 yang amat legap rupanya dan ditempah khas sepenuhnya. Singkatan RVS membawa makna “Reparto Veicoli Speciali”, atau “Jabatan Kenderaan Khas”, atau “Operasi Kenderaan Khas”. “Motosikal MV Agusta merupakan penjelmaan teknologi dan semangat yang diterap pada objek fizikal. Jadi, kami mengambil…
Art of Speed Malaysia bersama dengan Rachun Motor Club telah menganjurkan acara Speed Demon yang diadakan di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 7 Mei 2017. Ianya merupakan pertunjukan trials speedway pantai pertama di Malaysia yang memperagakan motosikal moden klasik, klasik serta vintaj, berlumba di atas litar pasir. Lebih daripada 60 peserta dari seluruh negara telah…
Zero Engineering adalah pembuat motosikal tempahan khas dari Jepun yang telah membikin “Samurai Choppers” yang ditempa sepenuhnya seperti yang dipratonton iaitu Type-5, Type-6 dan Type9i. Setiap motosikal di dibina khas dari awalnya dengan enjin Harley Davidson dan kerangkanya serta bahagian-bahagian asas dengan pilihan tempahan yang begitu banyak. Antara orang kenamaan yang memiliki sebuah Samurai Chopper…