Triumph Bonneville Bobber Black, Speedmaster Dan Tiger 800 2018 Dilancarkan! Dari RM56,900

  Triumph Motorcycles Malaysia (Fast Bikes Sdn. Bhd.) baru sahaja melancarkan Triumph Bonneville Bobber Black, Speedmaster dan Tiger 800 2018. Lapan buah motosikal baru yang terdiri dari model Bobber Black, Speedmaster, dan enam buah varian Tiger 800 kini boleh didapati secara rasmi. Model-model terkini Triumph 2018 ini boleh didapati bermula dari harga RM56,900 hingga RM81,900.

Kawasaki Z900RS 2018 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia! Dari RM67,900!

Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah memperkenalkan motosikal terkini mereka, Kawasaki Z900RS 2018. Tawaran moden klasik terbaru ini dijana oleh enjin empat selari 948cc yang sama seperti motosikal Kawasaki Z900 ABS 2017. KMSB telah menetapkan harga bagi motosikal Kawasaki Z900RS ini pada harga RMM69,900 bagi skema warna Special Edition Orange dan RM67,900  bagi edisi standard berwarna…

Harga Motosikal Triumph Bonneville Speedmaster 2018 Dijangka Di Bawah Paras RM80,000

Triumph Motorcycles Malaysia telah mengumumkan bahawa motosikal Triumph Bonneville Speedmaster 2018 akan tiba dengan harga yang dijangkakan di bawah paras RM80,000. Motosikal cruiser moden klasik terkini dari Triumph itu adalah gabungan casis motosikal Bobber-nya dan enjin 1,200cc bertork tinggi motosikal T120-nya. Motosikal Triumph Speedmaster 2018 dijangka tiba di tanah air kita dalam suku pertama tahun…

VIDEO Usikan Triumph Bonneville Speedmaster 2018 Dilancarkan!

  Triumph telah melancarkan satu video usikan pendek yang menandakan pelancaran yang akan datang bagi Triumph Bonneville Speedmaster 2018 pada 3 Oktober 2017. Pengeluar motosikal premium British itu memilih untuk menghidupkan semula model Speedmaster yang pada mulanya dilancarkan pada tahun 2002. Kami menganggap yang model Speedmaster terbaru ini akan menggunakan enjin terbaru 1,200cc mirip motosikal…