Mudah digunakan bagi kebanyakan penunggang, kebolehan untuk memenuhi pelbagai peranan, bergaya, dan menyeronokan antara penyebab utama ianya menjadi pilihan. Kemaskini terbaru menjadikan Kawasaki Ninja 650 dan Z650 lebih lincah serta lancar untuk ditunggang. Kedua-dua motosikal ini adalah motosikal yang dibina serba baru.