Oben EV, sebuah syarikat automobil elektrik yang berpangkalan di Bengaluru, telah memperkenalkan motosikal elektrik pertamanya bagi pasaran India. Produk sulung syarikat itu telah diberi nama ‘Oben Rorr’ dan motosikal elektrik ini didakwa mampu mencapai jarak maksimum sehingga 200 kilometer dengan sekali cas. Motosikal elektrik berkelajuan tinggi ini akan dilancarkan secara rasmi di India pada bulan…
Tag: motosikal elektrik
Scorpio Electric merancang untuk memperkenalkan motosikal sulung syarikat itu pertengahan tahun ini untuk pasaran Asia Tenggara. Meskipun dunia ketika ini dilanda pandemik Covid-19 termasuk Singapura yang kini merekodkan lebih 23,822 kes positif dengan 20 kematian, situasi itu tidak mengekang hasrat Scorpio Electric. Sebaliknya, ketua operasi, Muhammad Taureza menganggap senario semasa hanya memberi impak kecil terhadap…
Motorcycle Global menjangkakan harga bagi sebuah motosikal dan skuter yang menggunakan elektrik akan turun dalam masa lima tahun akan datang sekaligus akan memberi saingan pada jentera yang menggunakan bahan api fosil. Kajian tersebut mendapati kejatuhan kos teknologi elektrik akan menjadi penyumbang utama terhadap penurunan harga motosikal elektrik secara keseluruhan. Di China, permintaan terhadap jentera dua…
Tatkala jenama motosikal lain sibuk beralih kepada penghasilan motosikal elektrik, Triumph masih kekal dengan jentera konvensional. Bagaimanapun, segalanya bakal berubah apabila pengeluar motosikal British itu kini sedang giat membangunkan jentera elektrik pertama mereka. Triumph telah pun memberi bayangan mengenai projek baharu mereka awal tahun ini dengan menghantar beberapa soalan kaji selidik kepada pelanggannya bagi melihat…
Empat buah pengeluar motosikal utama di Jepun, iaitu Honda, Yamaha, Kawasaki, dan Suzuki akan bekerjasama bagi membangunkan teknologi bateri motosikal. Mereka sedang berusaha membangunkan teknologi penukaran bateri bagi mengatasi tempoh pengecasan yang panjang. Yamaha sudah mula bekerjasama dengan Gogoro di Taiwan bagi membangunkan teknologi penukaran bateri ini.
SURU Inc. telah menggunakan komponen buatan Malaysia bagi membina motosikal scrambler elektrik pertama dunia. SURU telah membina motosikal mereka di Kanada bagi memastikan kualiti yang tinggi. Model SURU Scrambler ini praktikal bagi mobiliti dalam bandar dan juga kawasan desa.
Motosikal elektrik Lightning LS-218 merupakan motosikal pengeluaran terpantas dunia. Ia telah mencecah kelajuan 351km/j di Bonneville Speedweek pada tahun 2010. Ia juga telah berjaya mencatat masa pusingan 20 saat lebih pantas di hadapan Ducati Multistrada 1200 di Pikes Peak International Hill Climb pada tahun 2013.
Jualan motosikal telah meningkat sebanyak 7.2% di Eropah, di mana 49% daripadanya adalah bagi motosikal elektrik. Kebanyakan pengeluar telah mula memperagakan keluaran serta tawaran mereka di pertunjukan motosikal Intermot 2018. Pengeluar motosikal elektrik terkemuka, Energica, telah melancarkan sebuah model motosikal lumba elektrik yang baharu.
Motosikal cruiser elektrik Harley-Davidson LiveWire 2019 telah dipratontonkan kepada orang awam sebelum pelancaran rasminya pada tahun hadapan. Motosikal elektrik pertama keluaran sepenuhnya jenama tersebut adalah salah satu dari pelbagai model yang akan dikilangkan dari sebahagian daripada evolusi besar-besaran mereka. Tiada maklumat jelas mengenai pengeluaran model LiveWire telah diberikan buat masa ini.