Pesta International Motomania of Kuala Lumpur 2019 (IMKL 2019) sedang berlangsung sekarang dan sepanjang hujung minggu ini. Acara ini diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), berhampiran dengan KLCC. Ke semua jenis motosikal dialu-alukan di mana akan ada pelbagai jenis aktiviti, permainan, gerai, dan konsert yang diadakan sepanjang pesta ini.