Konvoi Modenas Dominar “Explore the Unexplored” telah kembali bagi tahun 2019 dengan pengembaraan yang lebih mengagumkan. Tunggangan kali ini meliputi negeri Johor dari, Johor Bahru menuju ke Mersing dan Kluang. 16 orang pemilik Modenas Dominar D400 telah menyertai penunggangan yang mengujakan ini untuk inisiatif #MotographyMalaysia.
Tag: #motography
Konvoi Modenas Dominar 400 yang terkini menuju ke Kuantan, Pahang. Ianya merupakan konvoi bermalam pertama dalam siri tunggangan ini. Turut diadakan aktiviti pencarian harta karun dan berhimpun mengelilingi unggun api.
Modenas telah menganjurkan satu konvoi “Explore the Unexplored” Dominar bagi membolehkan para penunggang Dominar D400 merasai sendiri kehebatan elemen sport-tourer jentera tersebut. Tunggangan pertama ini adalah dari Kuala Lumpur menuju Ipoh. Konvoi ini telah berhenti di beberapa buah tempat tarikan ramai bagi membolehkan para penunggang untuk menangkap gambar bagi projek #motography.