Ujian musim sejuk Sepang MotoGP 2018 menyaksikan Jorge Lorenzo dari pasukan Ducati menetapkan catatan masa terpantas dengan 1:58.830. Dani Pedrosa dari Repsol Honda mengekori rapat di belakang di atas jentera Honda RC213V-nya dengan catatan masa 1:59.009. Cal Crutchlow (LCR Honda CASTROL) melengkapkan tiga teratas dengan catatan masa 1:59.052.
Tag: MotoGP 2018
Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 merupakan permulaan yang mengujakan untuk musim ini. Jentera-jentera MotoGP tahun ini lebih pantas lagi. Keputusan yang diperolehi menunjukkan taburan motosikal yang lebih pelbagai dari pasukan-pasukan yang berbeza.
Jorge Lorenzo memecahkan rekod catatan masa pada sesi pagi. Dani Pedrosa juga telah memecahkan rekod catatan masa terbaiknya. Cal Crutchlow terus mempamerkan prestasi yang baik.
Hari Kedua Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 melabuhkan tirai dengan kedua-dua penunggang pasukan pengilang Yamaha mendahului gerombolan. Penunggang pasukan pengilang Ducati dan Honda menamatkan hari di kelompok belakang. Catatan masa dari tempat pertama sehingga ke-lima jauh lebih pantas berbanding catatan masa kelayakan perlumbaan tahun lalu.
Hari Kedua Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 bermula di bawah terik cahaya matahari. Hanya tiga orang penunggang sahaja telah mencatat masa di bawah 2:00 minit buat masa ini. Pertarungan tiga penjuru di antara Ducati, Honda, dan Yamaha diteruskan pada masa ini.
HJC Helmets telah mengumumkan yang mereka akan menaja Andrea Iannone bagi musim MotoGP 2018 dan 2019. Penunggang yang berusia 29 tahun kelahiran Itali dari pasukan Suzuki ECSTAR itu akan menggunakan helmet perlumbaan professional serba baru yang diasaskan daripada rangkaian helmet HJC RPHA 11 yang diakui ramai. Saksikan Iannone dan helmet HJC terbarunya itu pada hari…
Bekas penunggang bagi pasukan Aspar MotoGP, Yonny Hernandez, akan menggantikan Jonas Folger bagi membantu pasukan Monster Yamaha Tech 3 sewaktu ujian musim sejuk Sepang. Penunggang berusia 29 tahun kelahiran Colombia itu akan mempamerkan kemahirannya buat kali pertama di atas jentera Yamaha M1 MotoGP. Hernadez juga telah dikatakan sebagai salah seorang penunggang yang telah disenarai pendek…
Pasukan Movistar Yamaha MotoGP telah memperkenalkan jentera perlumbaan terkini mereka, Yamaha M1 2018. Motosikal bagi tahun 2018 ini berdasarkan kepada casis yang telah digunakan pada tahun 2016 yang lalu dengan bersama dengan kelengkapan serba baru yang dirancang untuk digunakan ketika ujian musim sejuk di Sepang. Maverick Viñales juga turut mengumumkan bahawa dia akan meneruskan…
Juara Isle of Man TT 15 kali akan menyertai ujian musim sejuk di Sepang pada hari Ahad ini. Dunlop, bersama dengan Toni Elias, Josh Waters, dan Slyvain Guintoli akan melakukan catatan masa pusingan di atas litar di atas jentera MotoGP Suzuki GSX-RR. Suzuki telah memberikan peluang kepada Dunlop sebagai penghargaan buatnya yang telah memenangi…