Marc Marquez Juara Dunia MotoGP 2018!

Penunggang Repsol Honda, Marc Marquez telah ditabalkan sebagai juara dunia MotoGP 2018 di Motegi, Jepun. Penunggang berusia 25 tahun dari Sepanyol itu telah berjaya memenangi takhta dunia buat kali ke-tujuhnya setelah Andrea Dovizioso terkeluar dari persaingan berbakikan dua pusingan. Ianya satu pertarungan yang cukup mengujakan di mana Marquez berjaya menggondoli kejuaraan di halaman Honda di…

Menangi Tiket MotoGP Sepang 2018 Dari Ducati Malaysia!

Ducati Malaysia akan menghadiahkan 80 keping tiket MotoGP Sepang 2018 bermula dari sekarang sehingga 31 Oktober 2018. Untuk memenangi peluang ini, para peserta perlu menempah, membeli, atau menunggang uji mana-mana motosikal Ducati di wakil pengedar rasmi Ducati yang terpilih. Para pemenang juga boleh menikmati rebat sewaktu hujung minggu perlumbaan beserta hadiah eksklusif dari Ducati Malaysia.

MotoGP Thailand 2018: Hafizh Syahrin Mengutip Mata Di Thailand

Hafizh Syahrin telah berjaya mengutip mata yang berharga di Litar Antarabangsa Buriram di Thailand, sewaktu pusingan MotoGP Thailand 2018 pada hujung minggu yang lalu. Ianya merupakan kutipan mata pertama buat penunggang negara sejak pusingan di Brno, Republik Czech pada bulan Ogos yang lalu. Hafiz kini hanya perlu menewaskan Franco Morbidelli yang mendahului kutipan mata bagi…

Moto2 GP San Marino 2018: Romano Fenati Membahayakan Nyawa Stefano Manzi

Aksi membahayakan nyawa yang telah dilakukan Romano Fenati ke atas Stefano Manzi sewaktu perlumbaan Moto2 GP San Marino telah berjaya dirakamkan. Penunggang panas baran dari Itali itu telah bergeser dengan Stefano Manzi sewaktu perlumbaan Moto2 tersebut. Fenati telah dibatalkan kelayakan perlumbaan tersebut dan telah menerima penggantungan dua perlumbaan.

Jorge Lorenzo Peroleh Petak Pertama Di MotoGP San Marino 2018

Penunggang bagi pasukan Ducati, Jorge Lorenzo, berjaya memecahkan rekod catatan masanya di litar tersebut bagi merangkul Petak Pertama bagi pusingan MotoGP San Marino 2018. Pendahulu kejohanan, Marc Marquez telah terbabas pada awal sesi dan telah mengakhiri sesi kelayakan di posisi ke-lima. Jack Miller berjaya menunggang dengan hebat sewaktu sesi berkenaan dan berjaya menduduki petak ke-dua,…