MotoGP: Dovizioso menuding jari ke Petrucci sebagai penyebab kemalangan, bukannya Espargaro

Pusingan MotoGP kedua menyaksikan satu lagi kemalangan yang melibatkan Andrea Dovizioso yang disebabkan oleh penunggang lain. Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) telah menyebabkan Dovizioso terbabas apabila dia cuba untuk memotong namun telah hilang kawalan bahagian depannya semasa cubaannya itu. Walaupun jelas Espargaro bersalah dalam hal ini, Dovizioso mengecam Danilo Petrucci kerana menunggang secara semberono…

MotoGP : Musim 2017 Bermula Hari ini!

Musim MotoGP secara rasminya bermula pada hari ini dengan kesemua pasukan bersedia untuk berentap bila tibanya hari Ahad ini. Para penunggang, pasukan dan kru telah bersedia di Qatar untuk pusingan pertama dalam salah satu perlumbaan motosikal paling berdaya saing seluruh dunia di Litar Antarabangsa Losail. Kebanyakkan penunggang utama telah berkumpul untuk sidang akhbar pertama bagi…

Ducati Kepala Tukul di Qatar

Musim 2017 siri MotoGP menyaksikan larangan penggunaan sayap pada reraup atas beberapa sebab salah satunya dikatakan dari segi keselamatan. Namun, kita pernah melihat cubaan untuk menggunakan kelebihan sayap aerodinamik ini tanpa melanggar peraturan ini sebelum ini pada jentera Yamaha Valentino Rossi dengan penggunaan sayap di dalam reraup. Sayap didalam reraup menampakkan sedikit bonggol ada reraup…

MotoGP: Aprilia Lancar RS-GP dengan warna 2017

Aprilia baru sahaja melancarkan jentera yang akan bertanding dalam kejuaraan MotoGP 2017. Aprilia bersama dua pelumba terbaru bagi musim tahun ini adalah Sam Lowes dari United Kingdom dan Aleix Espargaro dari Sepanyol. Sejak penyertaan semula pengeluar motorsikal berkuasa tinggi dalam MotoGP, mereka telah banyak mengharungi pelbagai cabaran dan kesukaran untuk bertanding bersama motor-motor yang laju…