MotoGP: Dorna Laksana SOP Ketat Menjelang Ujian Pra-Musim Di Sepang

Penularan Covid-19 menyaksikan penganjuran MotoGP hanya berlangsung di luar Eropah sebanyak tiga kali sahaja (dua di Qatar, satu di AS) dalam tempoh dua musim ini. Meskipun musim 2021 berjalan lancar, Dorna terpaksa membatalkan enam pusingan atas faktor peningkatan kes Covid-19. Dorna turut membatalkan ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjelang pembukaan tirai musim 2020…

FIM Umum Peraturan Baharu Menjelang Musim 2022, Had Umur WorldSSP300 Dinaikkan Ke 18 Tahun

Badan sukan permotoran motosikal dunia (FIM) telah memeperkenalkan beberapa peraturan baharu menjelang permulaan musim baharu bagi MotoGP dan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK). Kemas kini peraturan tersebut dilaksanakan berdasarkan apa yang telah berlaku pada musim 2021 apabila pelumba muda Dean Berta Vinales dan Jason Dupasquier maut kemalangan sewaktu bertanding. Antara peraturan yang telah dikemas kini menyaksikan…

Yamaha YZF-R1 GYTR VR46 Penghargaan Khas Untuk Valentino Rossi

Yamaha telah menghasilkan YZF-R1 GYTR VR46 sebagai penghargaan khas kepada Valentino Rossi yang telah pun bersara dari MotoGP. Model khas itu didedahkan di EICMA 2021 yang sedang berlangsung di Milan, Itali , ketika ini. Sebagai penghargaan terhadap pencapaian Rossi – dengan sembilan kejuaraan dunia merangkumi kelas MotoGP, 250cc dan 125cc serta 115 kemenangan dan 235…

MotoGP Henti Guna Bahan Api Fosil Bermula 2027

MotoGP bakal mengikut jejak Formula 1 dalam beralih ke penggunaan bahan api lestari (sustainable fuels). MotoGP dalam satu kenyataan menyebut, bermula 2024, 40 peratus minyak yang diguna pakai dalam kelas premier perlu diperolehi daripada sumber lestari – sama ada bahan api yang dihasilkan secara sintetik atau biojisim. Namun, bermula 2027, kesemua bahan api digunakan dalam…

MotoGP: VR46 Selesai Ujian Pra-Musim Di Jerez, Nama Aramco Masih Tidak Kelihatan

Luca Marini dan Marco Bezzecchi telah pun menyempurnakan sesi ujian sulung bagi VR46 Ducati MotoGP di Jerez. Marini dan Bezzecchi melengkapkan ujian pra-musim di Jerez menggunakan jentera Ducati GP21. Bagaimanapun, ketika Bezzecchi akan meneruskan saingan musim 2022 nanti menggunakan jentera sama, Marini akan dinaik taraf dengan GP22 terkini. Namun, meskipun ujian pra-musim telah pun bermula,…

MotoGP: Harapan Damok Ke Moto3 Terkubur, Tiada Pelumba Negara Musim 2022

Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok, tidak akan beraksi di Kejuaraan Dunia Moto3 musim 2022 seperti yang disangkakan sebelum ini. Perkara tersebut disahkan pengurus pasukan SIC Racing Team, Zulfahmi Khairuddin. Menurut Zulfahmi ketidaktentuan ekonomi susulan pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap usaha mendapatkan tajaan bagi pelumba berusia 20 tahun itu. Damok sebelum…

MotoGP: Kisah Quartararo Tamat, Musim 2022 Kembali Terarah Pada Marquez

Ketika pusingan di Misano World Circuit Marco Simoncelli dibayangi kejayaan Fabio Quartararo yang disahkan juara dunia MotoGP musim 2021, perkembangan menarik turut dipamerkan Marc Marquez. Ini kerana pelumba Repsol Honda itu berjaya merekodkan kemenangan kedua berturut-turut dan ketiga keseluruhan selepas 16 pusingan setakat ini. Dua kemenangan beturut-turut itu juga hadir pada waktu getir ketika perebutan…

RASMI: Fabio Quartararo Juara Dunia MotoGP Musim 2021

Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo muncul juara dunia Kejuaraan Dunia MotoGP musim 2021 setelah menamatkan pusingan di Misano pada kedudukan keempat. #ELD1ABLO ? @FabioQ20 IS YOUR 2021 #MotoGP WORLD CHAMPION! ? pic.twitter.com/NcH0kHpEiE — MotoGP™? (@MotoGP) October 24, 2021 Quartararo sah dinobat juara setelah pencabar terdekat, Francesco Bagnaia kemalangan sewaktu mendahului perlumbaan di Misano…

Ducati Jadi Pembekal Rasmi Jentera MotoE Bermula 2023

Pengeluar motosikal Itali, Ducati telah dilantik sebagai pembekal jentera elektrik bagi Piala Dunia MotoE bermula 2023. Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali yang turut ditemani CEO Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta ketika sidang media khas yang berlangsung di Misano World Circuit Marco Simoncelli, semalam. Ini merupakan langkah bersejarah buat kilang Borgo Panigale itu…