MotoGP: Musim 2019 Berakhir, Marquez Hadiahkan Kejuaraan Berganda

Marc Marquez menoktahkan status selaku juara dunia MotoGP musim 2019 dengan kemenangan di litar Valencia. Dia turut berjaya mengurniakan kejuaraan dunia pasukan untuk Repsol Honda sekaligus menamatkan kempen terakhir MotoGP 2019 dengan kejuaraan berganda. Meskipun kejuaraan dunia telah pun disahkan di GP Thailand, Oktober lalu namun senario itu tidak menyekat Marquez untuk memburu kemenangan ke-12…

EICMA 2019: Husqvarna Kembali Sertai Moto3 Bersama Max Racing

Ketika pengeluar lain menjadikan EICMA 2019 sebagai medan memperkenalkan model baharu bagi 2020, Husqvarna mempunyai perancangan tersendiri apabila mengumumkan keputusan untuk kembali ke Moto3 musim depan. Pasukan Max Racing, milik empat kali juara dunia 250cc, Max Biaggi, akan mengguna pakai Husqvarna FR 250 GP bagi saingan Moto3 2020 termasuk dengan sokongan penuh daripada pasukan Husqvarna…

Adam Norrodin Ganti Khairul Idham Pawi Di GP San Marino

Adam Norrodin bakal mengisi tempat Khairul Idham Pawi di Petronas Sprinta Racing Moto2 bagi perlumbaan di San Marino minggu depan. Khairul Idham Pawi masih lagi dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan tangan yang serius. Berdasarkan portfolio, Norrodin bukanlah nama asing bagi Petronas Sprinta tatkala pernah mewakili pasukan itu di saingan Moto3 pada tahun 2016-2018. Bagaimanapun,…

KTM Tarik Diri Dari Moto2 Musim Depan, Beralih Ke Husqvarna Di Moto3

KTM akan memberikan fokus sepenuhnya kepada saingan MotoGP musim depan apabila membuat keputusan untuk meninggalkan Moto2. Pengeluar motosikal Austria itu turut menjenamakan semula ke nama Husqvarna bagi kelas Moto3. Keputusan tersebut dibuat selepas KTM bergelut dalam saingan Moto2 – meskipun Brad Binder berjaya julang KTM di laman sendiri hari ini – apabila beralih ke enjin…

Peluang Buat Khairul Idham Pawi Dalam Pasukan Petronas Yamaha Sepang MotoGP

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Dato’ Razlan Razali, telah menawarkan satu peluang buat Khairul Idham Pawi bagi menyertai pasukan MotoGP. Peluang untuk menyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team dalam MotoGP bergantung kepada keputusan Moto2 Pawi pada tahun 2019 dan 2020. Pawi bakal menjadi penunggang MotoGP Malaysia pertama dalam sebuah pasukan MotoGP Malaysia sekiranya…