Albert Arenas (Angel Nieto Team Moto3) berjaya merangkul kemenangan yang cukup memberangsangkan dalam kelas Moto3 di Phillip Island. Fabio di Giannantonio (Del Conca Gresini Moto3) dan Celestino Vietti (Sky Racing Team VR46) melengkapkan kedudukan atas podium. Jorge Martin (Del Conca Gresini Moto3) menjarakkan lagi jurang mata kejohanan setelah Marco Bezzecchi (Redox PruestelGP) sekali lagi gagal…
Tag: Moto3 2018
Jorge Martin telah berjaya memenangi perlumbaan Moto3 yang pertama bagi musim 2018. Berbeza dengan tahun lalu di mana seramai 17 orang penunggang telah bersaing bagi mendapatkan kemenangan, sepasang penunggang telah berjaya memisahkan diri menjadi kelompok pendahulu. Para penunggang pasukan Petronas Sprinta Racing telah berjaya mendapat tempat ke-lapan dan ke-sebelas.
Pasukan Petronas Sprinta Racing Moto3 telah dilancarkan secara rasmi semalam di Litar Antarabangsa Sepang. Kerjasama yang baru di antara Petronas dan SIC ini telah menghasilkan arah tujuan baru pasukan berkenaan bagi tahun 2018. Kedua-dua penunggangnya, Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki telah bersedia bagi menggalas cabaran bersaing dalam kelas Moto3.
Ujian Valencia Moto2, Moto3 2018: Usaha Zulfahmi Khairuddin dan Adam Norrodin Dibantutkan Oleh Cuaca
Ujian pra musim Moto2 dan Moto3 2018 telah berlangsung baru-baru ini di Valencia. Ketiga-tiga hari ujian berkenaan telah dibantutkan oleh hujan yang telah menyebabkan litar menjadi sejuk. Penunggang dari Malaysia, Zulfahmi Khairuddin (Moto2) dan Adam Norrodin (Moto3) meluangkan masa tersebut menyesuaikan diri dengan jentera masing-masing.
Pegawai SIC telah mengumumkan bahawa Petronas tidak akan menaja Hafizh Syahrin untuk Moto2 musim 2018. Desas desus itu akhirnya telah disahkan lewat semalam tetapi SIC juga telah mengatakan bahawa penunggang berusia 23 tahun itu akan masih berlumba pada tahun 2018 bagi sebuah pasukan Moto2 SIC yang baru ditubuhkan. Petronas hanya akan menaja penunggang Moto3 pada…