Triumph Motorcycles Menyaksikan Peningkatan Jualan Pada Tahun 2017 -Lebih Daripada 63,000 Unit Terjual!

Bagi tahun 2017, Triumph Motorcycles telah menjual lebih daripada 63,000 motosikal mereka melalui pengedar mereka di seluruh dunia. Sebanyak 63,404 unit telah terjual yang mana ianya mendatangkan hasil jualan sebanyak £498.5 juta (RM2.7 Billion). Triumph meraih keuntungan sebanyak £24.7 juta (RM134 juta), iaitu peningkatan sebanyak 48% dari peningkatan jualan sebanyak 22% di seluruh dunia.

Penunggang Terbaik Tahun 2017 BR/MM: Johann Zarco

  Melihat kembali pada musim MotoGP 2017, Johann Zarco mengungguli senarai kami sebagai ‘Penunggang Terbaik Tahun 2017’. Setelah memenangi 2 kejuaraan Moto2 secara berturut-turut, penunggang muda kelahiran Perancis itu telah berpindah ke kelas MotoGP sebagai seorang penunggang rookie, tetapi, telah menunggang seperti seorang penunggang amat berpengalaman yang sedang mengejar takhta kejohanan. Secara keseluruhannya, dia telah…

Moto2: Suter Tarik Diri Dari Musim 2018

Pengeluar casis dari Switzerland, Suter, telah memutuskan untuk mengundurkan diri dari kejohanan dunia Moto2 2018. Daripada 24 buah pasukan yang ada di atas grid, hanya satu sahaja yang akan menggunakan casis mereka untuk musim yang akan datang iaitu Dynavolt Intact Team. Suter akan berehat dari pertandingan bagi menumpukan perhatian pada pembinaan casis generasi yang berikutnya…

Moto2 Miguel Oliveira Menggondoli Kemenangan Perlumbaan Ketiga Musim Ini Buat KTM

Miguel Oliveira (Red Bull KTM Ajo) telah membolot kemenangan perlumbaan ketiga buat KTM bagi musim 2017 ini dengan kemenangan terkini mereka di Valencia. Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) sekadar berpuas hati di tempat ke-dua selepas bergelut dengan cengkaman tayar pada penghujung perlumbaan. Teman sepasukan Oliveira, Brad Binder, beraksi dengan cemerlang sekali apabila dia menamatkan…

MotoGP mania – Sebab-Sebab Mengapa Pusingan MotoGP Malaysia Antara Yang Terbaik

  Kita semakin menghampiri penghujung musim MotoGP 2017, dan pusingan kedua terakhir iaitu Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix sudah pasti telah memberikan keseronokan yang tidak terhingga kepada mereka yang menghadirinya. Setelah mendapat status sebagai salah sebuah litar yang paling mencabar dalam kalendar MotoGP, Litar Antarabangsa Sepang sentiasa bersedia untuk memberi cabaran tambahan dengan cuaca yang…

Moto2: Morbidelli Dinobatkan Juara Dunia Moto2 2017!

  Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) telah memenangi takhta Juara Dunia Moto2 2017 selepas Thomas Luthi diisytiharkan tidak cergas akibat keretakan pada buku lalinya. Penunggang bagi pasukan KTM Red Bull, Miguel Oliveira dan Brad Binder sekali lagi meraikan penamat satu-dua di atas dengan Morbidelli melengkapkan tempat terakhir di atas podium. Morbidelli dan Luthi bakal…

KTM Malaysia di MotoGP Malaysia 2017

KTM Malaysia menggegarkan MotoGP Malaysia 2017 dengan penuh bergaya sekali. Penunggang Moto3 dan Moto2 telah turun ke padang bagi sesi ramah mesra dan tandatangan bersama dengan para peminat. Penunggang MotoGP juga telah menghadiri sesi beramah mesra dan tandatangan bersama dengan peminat pada hari ini.

Sepetang Bersama Red Bull Dan Superkip

Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Red Bull telah menganjurkan satu sesi ‘meet & greet‘ bersama dengan Khairul Idham Pawi, lebih dikenali sebagai Superkip. Red Bull telah memainkan peranan penting dalam kerjaya Superkip sebagai seorang pelumba. Superkip menganggap tahun 2017 sebagai tahun untuk belajar dan maju ke hadapan.