Khairul Idham Pawi Umum Persaraan

Bekas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi @ KIP, membuat keputusan untuk melepaskan segalanya dalam arena permotoran selepas lima tahun berbakti dalam sukan itu. Keputusan mengejutkan itu hadir beberapa bulan selepas kontrak pelumba yang baru berusia 22 tahun itu tidak disambung Petronas Sprinta Racing di Moto3. Pendedahan itu dibuat KIP ketika sesi temu bual bersama…

Kasma Daniel Catat Rekod Kemalangan Paling Tinggi Musim 2020

Pelumba Moto2 negara, Kasma Daniel Kasmayudin muncul muncul sebagai pelumba dengan jumlah kemalangan tertinggi di antara semua kelas di MotoGP. Pelumba pasukan Onexox TKKR SAG Team itu jatuh 20 kali diikuti Jorge Navarro dengan 19 kemalangan serta Gabriel Rodrigo dari Moto3 dengan 18 kemalangan. Saingan Moto2 menyaksikan sebanyak 292 kemalangan direkodkan merentasi 15 pusingan sekaligus…

Moto2: Hafizh Teruja Diberi Kepercayaan NTS RW Racing GP Bagi Musim 2021

Pelumba negara, Hafizh Syahrin akan terus kekal beraksi di kelas Moto2 musim depan setelah disahkan menyertai NTS RW Racing GP. Hafizh kehilangan tempat di Aspar Team selepas hanya semusim apabila pasukan itu membuat keputusan untuk menyerahkan kerusinya ke pelumba Moto3, Albert Arenas, yang ketika ini mendahului kejuaraan dunia kelas tersebut. Bagaimanapun, Hafizh menerusi pengurusnya sebelum…

Hafizh Kekal Di Moto2 Musim Depan

Hafizh Syahrin akan terus kekal beraksi di saingan Moto2 bagi musim 2021. Perkara itu disahkan sendiri pengurus Hafizh, Razmin Masli yang mendedahkan pihaknya telah pun selesai perbincangan dengan sebuah pasukan berpangkalan di Eropah. Menurut Razmin, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat. “Kami akan umumkan dalam masa terdekat. Saya berharap dengan ini, Hafizh akan terus bersemangat…

Idemitsu Honda Asia Antara Destinasi Seterusnya Hafizh Syahrin?

Baru-baru ini, Hafizh Syahrin disahkan hilang tempat di Aspar Team Moto2 bagi musim 2021. Aspar Team membuat keputusan untuk naikkan pangkat pelumba Moto3, Albert Arenas ke Moto2 susulan prestasi mengagumkan musim ini. Arenas mendahului kejuaraan Moto3 ketika ini dengan 144 mata selepas 11 pusingan. Sementara itu, Hafizh mendedahkan dia kini sedang berbincang dengan dua pasukan…

GP Perancis: Hafizh Syahrin Turun Dengan Helmet Istimewa, Penghargaan Kepada Nenda Tercinta

Aksi MotoGP kembali hujung minggu ini di GP Perancis yang turut menandakan perlumbaan tiga minggu berturut-turut yang akan disusuli dengan GP Aragon dan GP Teruel. Bagaimanapun, bagi memberi semangat baharu kepada pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, dia akan turut beraksi dengan helmet khas. Helmet SHOEI miliknya kini terpampang gambar kenangan bersama arwah nendanya, Allahyarham Arbaieah…

Mana KIP? – Razlan Razali

Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali dalam perkongsian terbaru di Facebook mencetuskan pelbagai tanda tanya. Menerusi status terbaru, Razlan memuat naik gambar pelumba, Fabio Quartararo, Xavi Vierge dan John McPhee yang sedang menjalani latihan motorcross. Bagaimanapun, berdasarkan kapsyen tersebut, jelas dia mempersoalkan ketiadaan pelumba Petronas Sprinta, Khairul Idham Pawi (KIP). Sementara…

ONEXOX TKKR SAG TEAM Pikat Thomas Luthi Bagi Musim 2021

Selepas pelumba tonggak, Remy Gardner disahkan akan berhijrah ke Red Bull KTM Ajo musim depan, ONEXOX TKRR SAG TEAM akhirnya mengumumkan pengganti baharu. SAG Racing Team mengumumkan Thomas Luthi sebagai pelumba baharu pasukan itu bagi musim 2021. Luthi yang merupakan antara pelumba berpengalaman di kelas Moto2 merupakan bekas juara dunia 125cc dan menamatkan saingan musim…

Saya Mampu Cabar Kelompok Depan – Hafizh Syahrin

Pelumba negara, Hafizh Syahrin mempamerkan tunggangan mantap untuk menamatkan aksi Moto2 di kedudukan ke-6 di GP Sepanyol, semalam. Pelumba Aspar Team itu berjaya mengutip 10 mata meskipun pada awalnya memulakan perlumbaan di kedudukan ke-15. “Saya gembira dengan keputusan perlumbaan ini, dari kedudukan ke-15 dan naik ke tempat ke-6 merupakan kebangkitan yang baik. “Saya rasa mampu…