Jika Saya Tiada Pasukan Musim Depan… – Hafizh Syahrin

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin akui rasa kecewa dengan pembatalan GP Malaysia musim ini. Litar Antarabangsa Sepang (SIC), telah pun mengesahkan pembatalan GP Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober ini. Bagi Hafizh dia berasa dukacita kerana tidak dapat beraksi di laman sendiri bersama pasukan baharu, NTS RW Racing. “Saya sangat kecewa kerana…

CEV2021: Adam Norrodin Naik Podium Di Race 1, Kemalangan Di Race 2

Pelumba Moto2 negara di saingan Kejuaraan CEV Repsol 2021, Adam Norrodin berjaya mendapat tempat ketiga dalam Race 1 di litar Autodrom Algarve, Portugal, semalam. Bermula di petak ketiga, Adam berjaya menampilkan tunggangan konsisten untuk menaiki podium di litar Portimao di belakang dua pelumba Boscoscuro Talent Team, Fermin Aldeguer (juara) dan Alonso Lopez di tempat kedua….

MotoGP: SRT Berminat Dengan Khidmat Raul Fernandez, Perlu Bayar Penalti Jika Tinggalkan KTM

Petronas Sepang Racing Team (SRT) dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Raul Fernandez di Moto2 sebagai pengganti Valentino Rossi musim 2022. Kontrak Rossi di SRT bakal berakhir hujung musim ini dengan pelumba itu dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan itu. Dalam perkembangan terbaru, SRT dikatakan berminat dengan pelumba KTM Ajo di Moto2, Fernandez. “Sudah tentu kami berminat dengannya,…

Moto3: McPhee Tak Puas Hati Ketua Kru Berpindah Ke Dixon

Pelumba Moto3, John McPhee meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan Petronas Sprinta Racing, memindahkan ketua kru, Mark Woodage, kepada Jake Dixon di Moto2. Perpindahan orang penting di belakang McPhee itu merupakan antara usaha Petronas Sprinta untuk membantu Dixon yang ketika ini bergelut di saingan Moto2. Bagaimanapun, McPhee gagal menyembunyikan kekecewaannya terhadap keputusan mengejutkan itu. “Senario ini…

Saya Nak Tahu Berapa Bajet Dan Bantuan Diterima Hafizh – TMJ

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan berminat untuk menaja pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin. Perkara itu diutarakan ketika menjawab soalan di laman sosial Instagram miliknya. Dalam perkembangan terbaru, TMJ memperjelaskan situasi berkenaan dengan tajaan terhadap Hafizh dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam. “Saya suka tengok…

TMJ Berkenan Taja Hafizh Syahrin

Tunku Mahkota Johor (TMJ),Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa beliau berminat untuk menaja pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin. Perkara itu diutarakan ketika menjawab beberapa soalan di laman media sosial Instagram miliknya. Hafizh memerlukan seberapa banyak tajaan untuk bersaing di peringkat tertinggi di Moto2. Musim lalu ketika bersama pasukan Angel Nieto di Moto2, Hafizh terpaksa bertarung…

Hanya Atlet Berpangkalan Di Luar Negara Boleh Ditemani Pasangan – Imigresen

Baru-baru ini, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, meluahkan rasa kecewa terhadap Jabatan Imigresen Malaysia yang tidak memberi pelepasan terhadap isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf untuk bersamanya di luar negara. Bagaimanapun, pihak Imigresen dalam satu kenyataan menjelaskan kebenaran hanya diberikan atas sebab tertentu sahaja. “Merujuk kepada hantaran tular di media sosial oleh seorang pelumba motosikal berkenaan…

Moto2: Jentera Saya Kurang Aerodinamik Dan Kelajuan Di Laluan Lurus – Hafizh Syahrin

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, meneruskan misi kutipan mata apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik musim ini di GP Itali, hujung minggu lalu. Senario itu sekaligus menyaksikan Hafizh berjaya melunaskan objektif awal setelah menyertai NTS RW Racing bagi musim 2021. Bagaimanapun, menurut Hafizh masih terdapat banyak aspek yang perlu diperbaiki bagi memastikan jentera…