Tag: moto2
Triumph bakal menjadi pembekal enjin eksklusif bagi kelas Moto2 pada tahun 2019. Para pasukan Moto2 telah mula menguji enjin baharu tersebut. Enjin tersebut berasaskan pada enjin inline-Triple yang ada pada model Street Triple RS.
Jorge Martin akan berpindah ke Moto2 pada tahun hadapan setelah menandatangani satu perjanjian baru dengan pasukan Red Bull KTM Ajo. Penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu akan menggantikan Miguel Oliveira yang akan berpindah ke kelas premier. Martin pada waktu ini berada di tempat kedua dalam tangga kejuaraan dunia Moto3 2018 dengan perbezaan 3 mata…
Penunggang semasa bagi pasukan Pons HP40 Racing, Hector Barbera, telah dipecat setelah sabit kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol. Penunggang berusia 31 tahun itu telah didapati melakukan kesalahan memandu melebihi had di Sepanyol pada minggu lalu dan telah dikenakan larangan memandu selama satu tahun. Perpisahan antara bekas penunggang MotoGP dan pasukan Pons HP40 Racing itu…
Setelah 42 tahun menyepi diri dari persaingan MotoGP, MV Agusta telah mengesahkan kemunculan kembali mereka dalam kejohanan tersebut pada tahun 2019. Satu perjanjian 4 tahun telah dimeterai dengan pasukan Forward Racing yang akan menyaksikan mereka bersaing dalam Moto2. Jentera baru mereka akan memulakan pengujiannya pada bulan Julai bersama dengan enjin tiga selari 765cc terbaru dari…