Moto Guzzi Malaysia telah menyiarkan harga produk mereka dengan GST 0%. Harga-harga baru ini akan mula berkuatkuasa dari 1 Jun 2018. Pengurangan harga ini menjadikan motosikal-motosikal Moto Guzzi jauh lebih menarik dari sedia kala.
Tag: moto guzzi
Moto Guzzi Malaysia ingin menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik untuk penggunanya. Bengkel mereka yang lengkap dengan peralatan kini sudah beroperasi sepenuhnya. ‘Sifu’ perkhidmatan selepas jualan yang cukup terkenal, Idon Pang, akan menyertai bengkel berkenaan sebagai Ketua Jabatan Selepas Jualan.
Begitu ramai kelab motosikal telah menjadikan Melaka sebagai destinasi penunggangan mereka, dan kali ini, tiba giliran Moto Guzzi Malaysia. Konvoi berkenaan telah mengikuti laluan dengan pemandangan yang indah dari Port Dickson ke Melaka. Pelbagai koleksi model motosikal Moto Guzzi telah muncul untuk turut sama menyertai konvoi ini.
Moto Guzzi Malaysia telah memperoleh unit 0001/1000 motosikal V7 III Anniversario. Pengeluaran model ini telah dihadkan kepada hanya 1000 unit untuk seluruh dunia. Motosikal ini ditetapkan harganya pada RM80,900 (termasuk 6% GST, tidak termasuk cukai dan insurans).
Moto Guzzi Malaysia telah menjemput para pemilik Guzzi ke satu perjumpaan akhir tahun. Ianya merupakan sebuah platform untuk mendapat maklum balas dari pemilik baru dan juga yang sedia ada. Jabatan Selepas Jualan Moto Guzzi Malaysia juga turut hadir bagi membantu dalam perkara yang berkaitan teknikal.
Motosikal Moto Guzzi V9 Roamer dan V7 III Stone melengkapkan lagi rangkaian motosikal Guzzi. Moto Guzzi mengelaskan V9 Roamer sebagai sebuah motosikal buatan khas, dengan rekaan yang mengimbau kembali motosikal tahun 70-an. Motosikal V7 III Stone menjadi asas bagi pengkhususan.
Enjin motosikal adalah jiwa sesebuah motosikal. Tidak semua enjin tampak serupa dan ada segelintir daripadanya yang amat cantik sekali. Ianya bukan sahaja sebagai pelengkap motosikal legenda, tetapi, sering kali menjadi punca motosikal yang dirumahi itu berstatus legenda.
Moto Guzzi telah menganjurkan Moto Guzzi Sunday Ride pada hujung minggu yang lalu. Tunggangan Moto Guzzi yang pertama dianjurkan secara rasmi oleh Moto Guzzi Malaysia. Tunggangan ini menuju ke Gohtong Raya dan Bentong.
I-Moto.my bersama dengan GB Workshop telah mengadakan sebuah bengkel mengenai penyelenggaraan motosikal yang betul dinamakan I-Workshop. Diadakan di The Gasket Alley, seminar santai ini disasarkan untuk pemilik Vespa, Scomadi, Benelli, dan Aprilia memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyelenggara motosikal mereka dengan sewajarnya dan apa yang perlu diberi perhatian sewaktu penyelenggaraan. Bengkel itu dengan jayanya…