Model Moto Guzzi V7 III Carbon Shine menampilkan kemaskini estetik pada rangkaian popular V7. Tiada perubahan dari segi prestasi pada motosikal ini, tetapi, ianya telah dilengkapi dengan bahagian karbon fiber untuk menyerlahkan lagi rupa parasnya. Hanya 500 unit yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia, dan berkemungkinan ada yang akan tiba di tanah air kita.
Tag: Moto Guzzi V7 III Anniversario
Moto Guzzi Malaysia telah menyiarkan harga produk mereka dengan GST 0%. Harga-harga baru ini akan mula berkuatkuasa dari 1 Jun 2018. Pengurangan harga ini menjadikan motosikal-motosikal Moto Guzzi jauh lebih menarik dari sedia kala.
Moto Guzzi Malaysia telah memperoleh unit 0001/1000 motosikal V7 III Anniversario. Pengeluaran model ini telah dihadkan kepada hanya 1000 unit untuk seluruh dunia. Motosikal ini ditetapkan harganya pada RM80,900 (termasuk 6% GST, tidak termasuk cukai dan insurans).
Didi Resources (Moto Guzzi Malaysia) telah melancarkan Moto Guzzi Flagship Centre yang terletak di Gasket Alley, Petaling Jaya. 3S Centre yang baru ini akan menempatkan bilik pameran pengeluar berkenaan serta memberikan perkhidmatan selepas jualan terbaik buat para pemilik motosikal Moto Guzzi. Moto Guzzi V7 III Anniversario 2017 yang terbaru turut dilancarkan bersempena dengan…
Moto Guzzi V7 III Stone, V7 III Racer dan V9 Roamer telah dilancarkan pada hari Sabtu yang lalu di Moto Guzzi 3S Centre yang akan memulakan operasinya pada Ogos 2017. Pengenalan motosikal terbaru ini disusuli dengan pengumuman Didi Resources Sdn Bhd sebagai pembekal dan pengedar rasmi di Malaysia. Moto Guzzi 3S Centre baru yang…