Tag: Monster Yamaha Tech3
Tech3 tidak akan terus kekal sebagai pasukan satelit Yamaha pada tahun 2019. Ketua pasukan, Herve Poncharal, mengatakan bahawa dia telah diberikan satu tawaran yang istimewa. Dia bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang maklumat tambahan.
Dani Pedrosa (Repsol Honda) telah menetapkan catatan masa yang terpantas di Litar Antarabangsa Buriram sewaktu sesi ujian tiga hari MotoGP di Thailand. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech3) tidak ketinggalan jauh di atas jentera Yamaha M1-nya. Marc Marquez (Repsol Honda) menduduki tangga ketiga setelah menyempurnakan lebih daripada 300 pusingan di Litar Antarabangsa Buriram.
Marc Marquez (Repsol Honda) telah menyambut hari lahirnya yang ke-25 dengan penuh bergaya sekali semalam dengan mencipta rekod catatan masa terpantas di Buriram. Dani Pedrosa tidak jauh ketinggalan di belakang, berada di kedudukan P2 dengan catatan masa 1:30.127. Jack Miller (Alma Pramac Racing) terus mengagumkan semua orang dengan mencatatkan masa pusingan ketiga terpantas pada…
Ujian kali pertama di atas jentera Yamaha M1 untuk Hafizh Syahrin ternyata menunjukkan kemajuan yang ketara pada Ujian Buriram MotoGP 2018. Walaupun berada di kedudukan terakhir, penunggang bagi pasukan Monster Yamaha Tech3 itu hanya berada 0.4 saat di belakang seorang lagi penunggang ‘rookie’, Tom Luthi (Marc VDS). Hafizh Syahrin adalah penunggang Malaysia pertama yang mengemudi…