Penunggang MotoGP Jonas Folger telah mengumumkan bahawa dia tidak akan bertanding dalam musim 2018 MotoGP. Setelah gagal untuk pulih secara fizikal dan mental, penunggang berusia 24 tahun dari Jerman itu telah membuat keputusan tersebut walaupun setelah melalui satu musim sebagai penunggang ‘rookie’ yang amat memberangsangkan pada tahun 2017. Folger telah didiagnos dengan keadaan genetik yang…
Tag: Monster Yamaha Tech 3
Melihat kembali pada musim MotoGP 2017, Johann Zarco mengungguli senarai kami sebagai ‘Penunggang Terbaik Tahun 2017’. Setelah memenangi 2 kejuaraan Moto2 secara berturut-turut, penunggang muda kelahiran Perancis itu telah berpindah ke kelas MotoGP sebagai seorang penunggang rookie, tetapi, telah menunggang seperti seorang penunggang amat berpengalaman yang sedang mengejar takhta kejohanan. Secara keseluruhannya, dia telah…
Pusingan terakhir MotoGP 2017 di Valencia berakhir dengan pertabalan Marc Marquez sebagai Juara Dunia MotoGP 2017! Perlumbaan yang penuh dengan debaran itu menyaksikan Dani Pedrosa (Repsol Honda) menggondol kemenangan diekori rapat oleh Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) yang mendapat tempat ke-dua. Andrea Dovizioso (Ducati Team) hilang kawalan jentera Ducati Desmosedici GP17-nya sewaktu perlumbaan…
Pusingan kedua terakhir MotoGP bagi musim 2017 di Sepang menyaksikan satu pertarungan di atas litar yang basah di mana kedua-dua penunggang Ducati, Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo meraikan kemenangan satu-dua. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) melengkapkan kedudukan podium dengan Marc Marquez menamatkan perlumbaannya di tempat ke-empat. Dovizioso dan Marquez bakal bertarung untuk…
Koleksi terkini Shark Helmets dan kelengkapan menunggang Furygan telah diperkenalkan semalam di Spartan Concept Store, Bandar Sunway. Furygan juga telah memperkenalkan jaket menunggang musim panas terbaru yang terdiri daripada sut, sarung tangan, dan kasut but. Bintang MotoGP mereka, Johann Zarco, turut hadir untuk menghiburkan peminatnya dengan satu sesi ‘meet & greet‘.
Andrea Dovizioso sekali lagi telah menunjukkan keunggulannya dalam perlumbaan MotoGP dalam cuaca yang basah di Litar Twin Ring Motegi. Penunggang dari Itali berkenaan telah menyusup dengan pantas dari kedudukannya di belakang dan sekali lagi terlibat dalam pertarungan hebat di pusingan terakhir dengan penamat di tempat ke-dua, Marc Marquez (Repsol Honda). Danilo Petrucci (OCTO Pramac Racing)…
Spartan Concept Store yang terletak di Sunway akan menganjurkan satu sesi ‘meet and greet’ istimewa dengan penunggang MotoGP mereka, Johann Zarco. Sesi ‘meet and greet‘ ini akan diadakan di kedai mereka pada 25 Oktober 2017 bermula dari jam 7 petang hingga jam 10 malam. Bagi mereka yang hadir sebelum jam 8 malam bersama dengan…
Pusingan ke-14 MotoGP yang diadakan di Aragon semalam telah menyaksikan kemenangan satu-dua oleh penunggang pasukan Repsol Honda, Marc Marquez dan Dani Pedrosa. Jorge Lorenzo (Ducati Team) telah menunjukkan peningkatan yang hebat dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga setelah mendahului secara majoriti ketika masa perlumbaan itu di atas jentera Ducati Desmosedici GP17-nya. Valentino Rossi (Movistar…
‘Surat cinta’ Rossi yang telah ditujukan kepada Yamaha kini akan dilelong di sebuah laman sesawang Australia bagi mengumpul derma untuk satu inisiatif bergelar “A Cure for Freyja”. Lelongan atas talian ini akan bermula esok pada 2 Ogos 2017 dan orang ramai mempunyai peluang untuk memiliki beberapa memorabilia yang teramat jarang dari MotoGP, Moto2, dan…