MODENAS Tawar Servis Pintu Ke Pintu Di Ipoh Dan Kuantan

Dalam usaha mempertingkatkan kualiti servis dan selepas jualan, MODENAS kini menawarkan perkhidmatan bergerak (mobile service) dari pintu ke pintu bagi semua motosikal dibawah jenama itu. Inisiatif ini telah pun berjalan sejak 8 Ogos lalu sempena dengan Ulang Tahun Ke-25 MODENAS. Menerusi perkhidmatan ini, orang ramai tidak perlu berpusu ke pusat servis MODENAS bagi proses selenggara…

5 Motosikal 250cc Bawah RM20 Ribu Yang Tak Segan Untuk Dirisik

Bagi yang mencari keterujaan yang lebih berbanding yang ditawarkan motosikal kapcai, jentera 250cc merupakan segmen yang paling sesuai untuk diterokai. Bukan sahaja harga ditawarkan tak perit – bergantung kepada kewangan juga – malah servis dan penjagaan tidak terlalu membakar poket. Apatah lagi ketika pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap keadaan semasa kewangan masing-masing, motosikal merupakan pengangkutan…

Modenas Tawar Rebat RM1000 Bagi Pembelian Dominar D400 – RM12,788!

MODENAS kini menawarkan rebat RM1,000 bagi setiap pembelian Modenas Dominar D400. Rebat ini merupakan salah satu inisiatif kempen Dominasi Impianmu dalam usaha melunaskan impian peminat motosikal di Malaysia dalam memiliki jentera idaman. Bermula dari 2 Mei hingga 31 Ogos 2020, Modenas menawarkan rebat tunai RM1,000 bagi pembeli Modenas Dominar D400. Ini sekaligus menjadikan Dominar D400…

Pusat Servis MODENAS Dibuka Empat Hari Seminggu

MODENAS telah menambah hari operasi pusat servis terpilih daripada dua kepada empat hari ini seminggu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan kerajaan minggu lalu. Bagaimanapun, operasi pusat servis MODENAS akan tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pusat servis MODENAS yang terpilih beroperasi adalah: Pusat…

Fakta Tentang Engine Management System Menurut Abang Faisal!

Penunggang motosikal di Malaysia memang gemar melakukan pengubahsuaian tak kira apa jenama dan jenis motosikal yang diguna pakai. Ini juga termasuk bagi para pemilik motosikal Modenas Pulsar NS200, RS200 dan Dominar D400. Bagaimanapun, ramai yang tak sedar bahawa pengubahsuaian jentera mampu memberi kesan terhadap sistem elektronik motosikal terutamanya ECU, sensor dan actuator. Kerosakkan ini boleh…

Empat Pusat Servis Modenas Kembali Beroperasi Mengikut Temu Janji

Pengeluar motosikal nasional, MODENAS mengumumkan operasi selepas jualan kembali beroperasi seperti biasa bagi cawangan yang terpilih. Keputusan itu selaras dengan penyataan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarbangsa dan Industri (MITI) yang membenarkan industri tertentu untuk kembali beroperasi. Bagaimanapun, operasi selepas jualan MODENAS akan tertakluk kepada prosedur pengendalian standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan dalam membendung penularan…

Modenas Powerstore Dibuka Pada Kadar Minima, Servis Motosikal Mengikut Temujanji

Modenas Powerstore di Kota Damansara akan beroperasi pada kadar minima seperti yang termaktub dalam kenyataan Majlis Keselamatan Negara selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut kenyataan terbabit, bengkel motosikal dan kereta boleh beroperasi dalam kadar minima yang bermaksud pelanggan boleh meninggalkan motosikal dan kemudian mempraktikkan penjagaan jarak sosial (social distancing). Untuk itu, Modenas Powerstore akan…

#MODENASPrihatin: Perangi Covid-19, Hospital Sultanah Bahiyah Terima Sumbangan

Sebagai tanda penghargaan terhadap barisan hadapan petugas kesihatan dalam membendung penularan Covid-19, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah menyumbangkan barangan elektrik kepada Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Sumbangan tersebut berupa kipas, cerek eletrik dan air mineral yang diharapkan dapat memberi kelegaan terhadap para petugas kesihatan yang berpenat lelah di samping sanggup merisikokan…

Kawasaki ZX-25R: Pasaran Indonesia Terima Tempahan April Ini!

Jentera yang paling mencuri tumpuan sejak tahun lalu, Kawasaki ZX-25R akhirnya bakal menerima tempahan bermula April ini bagi pasaran Indonesia. Jentera tersebut pada awalnya dijadualkan untuk dilancarkan di Kawasaki Bike 2020 pada 4 April namun dibatalkan gara-gara Covid-19. Bagaimanapun, penerimaan tempahan tetap diteruskan dengan jentera tersebut akan ditayangkan di Kawasaki Indonesia pada tarikh sama. Pengesahan…