Generasi Baharu Modenas Dominar D400 Hampiri Pelancaran?

Modenas Dominar D400 merupakan motosikal segmen ‘touring’ yang telah pun berada di pasaran tempatan sejak dilancarkan sekitar April 2018. Selain daripada Pulsar NS200 dan RS200, Dominar merupakan model yang ditawarkan Modenas hasil penjenamaan semula dari jenama motosikal India, Bajaj Auto. Bagaimanapun, setakat ini tiada penambahbaikan terbaru diperkenalkan Modenas selain mengemaskini pilihan warna dengan tawaran warna…

REVIU MODENAS Pulsar RS200 2021: Bawah RM10k Ada ABS Tapi Kurang Diberi Perhatian

MODENAS telah mengemas kini varian Pulsar RS200 dengan pilihan warna dan grafik baharu yang tampak lebih segar. Bagi tahun 2021, Pulsar RS200 tampil dengan tiga pilihan warna, Pearl Metallic White, Pewter Gray serta Burnt Red. RS200 merupakan keluarga Pulsar dengan fairing penuh sementara NS200 merupakan model gaya ‘naked’ namun kedua-duanya digerakan dengan enjin satu silinder…

MODENAS Pulsar RS200 Dengan Warna Baharu Bagi 2021 – RM9,990

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan warna dan grafik baharu bagi motosikal popular, Pulsar RS200. Dilancarkan julung kalinya pada 2017, RS200 merupakan motosikal segmen 200cc yang paling mampu milik ditawarkan dalam pasaran. Bagi tahun 2021, Pulsar RS200 ini tampil dengan pilihan warna Pearl Metallic White, Pewter Gray serta Burnt Red. Aspek paling menonjol…

Modenas Kriss 110 Dapat Kemas Kini Baharu – Dengan Cakera Brek, Port USB Dan Petunjuk Gear!

Motosikal ikonik MODENAS, Kriss 110, mendapat kemas kini terbaru yang memfokuskan peningkatan ciri keselamatan. MODENAS Kriss 110 kini tampil dengan cakera brek di bahagian depan yang menjaminkan tahap membrek lebih efisien bagi tahun 2020. Bukan itu sahaja, varian Kriss 110 Disc Brake ini juga lengkap dengan penyerap hentakan (belakang) berkembar di samping penggunaan tayar jenis…

Modenas Elegan 250 ABS 2020 Dilancarkan – RM15,315

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) melancarkan Elegan 250 baharu untuk pasaran tempatan. Motosikal jenis skuter maxi popular ini kini muncul dengan sistem ABS (anti-lock braking system) untuk tahun 2020. Meskipun Elegan 250 ABS ini masih lagi menampilkan rekaan sama seperti model sebelumnya namun Modenas mendedahkan terdapat beberapa penambah baikan dilakukan terhadap jentera ini….

Modenas Elegan Baharu Mendarat 19 November Ini?

Modenas telah berkongsi imej ‘teaser’ di laman sosial yang didakwa membabitkan kemunculan model baharu bagi skuter maxi, Elegan. Menurut info dikongsikan, model terbabit akan dilancarkan pada 19 November ini menerusi siaran digital. Berdasarkan imej dikongsikan, jelas memaparkan skuter maxi, Modenas Elegan yang merupakan penjenamaan semula daripada Kymco X-Town 300i yang didatangkan dengan enjin 276cc yang…

Modenas Power Store Tawar Diskaun 20 Peratus Sepanjang PKPB!

Dapatkan diskaun sebanyak 20% ke atas alat ganti setiap kali anda servis di Modenas Power Store Kota Damansara. Diskaun ini terbuka kepada pemilik Pulsar NS200, NS200 ABS, RS200 dan Dominar D400. Tujuan utama diskaun ini adalah bagi meringankan beban semua pelanggan kami sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa disamping menjamin penjagaan motosikal yang…

Minyak Sintetik Penuh EMOS 7000E Penuhi Keperluan Motosikal MODENAS!

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan siri minyak enjin sintetik penuh menerusi EMOS 7000E SAE 10W-50. EMOS 7000E merupakan minyak enjin khas yang diformulasikan untuk motosikal jenis ‘street bike’ dengan campuran bahan tambahan premium dan minyak asas Polyalphaolefins (PAO) dan Ester berkualiti tinggi. Menurut MODENAS, minyak dengan standard API SN dan JASO MA2…

Modenas Power Store Jayakan ‘Ride’ Ke Gunung Lang Bersama D4CM!

Modenas Power Store Kota Damansara telah menjadi titik pertemuan bagi sekumpulan pemilik motosikal Modenas Dominar D400 dari Dominar 400 Club Malaysia (D4CM) yang menunggang ke Gunung Lang di Ipoh, Perak, Sabtu lalu. Sebagai penghargaan, Modenas Power Store telah menyediakan sarapan kepada semua ‘rider’ yang terlibat malah salah seorang daripada ahli D4CM turut membawa pulang sebuah…