Moto2 Miguel Oliveira Menggondoli Kemenangan Perlumbaan Ketiga Musim Ini Buat KTM

Miguel Oliveira (Red Bull KTM Ajo) telah membolot kemenangan perlumbaan ketiga buat KTM bagi musim 2017 ini dengan kemenangan terkini mereka di Valencia. Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) sekadar berpuas hati di tempat ke-dua selepas bergelut dengan cengkaman tayar pada penghujung perlumbaan. Teman sepasukan Oliveira, Brad Binder, beraksi dengan cemerlang sekali apabila dia menamatkan…

KTM Malaysia di MotoGP Malaysia 2017

KTM Malaysia menggegarkan MotoGP Malaysia 2017 dengan penuh bergaya sekali. Penunggang Moto3 dan Moto2 telah turun ke padang bagi sesi ramah mesra dan tandatangan bersama dengan para peminat. Penunggang MotoGP juga telah menghadiri sesi beramah mesra dan tandatangan bersama dengan peminat pada hari ini.

Moto2: Morbidelli kekal rekod kemenangan sempurna di GP Argentina

Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) menjadi penunggang Itali pertama yang memenangi dua perlumbaan Moto2 secara berturut-turut. Miguel Oliveira (Red Bull KTM Ajo) muncul di tempat kedua selepas Alex Marquez terbabas keluar dari perlumbaan pada pusingan yang terakhir perlumbaan. Thomas Luthi (CarXpert Interwetten) mengisi kedudukan podium dengan jarak 15 saat di belakang Morbidelli.

KTM Lancar Semua Jentera MotoGP, Moto2 dan Moto3 untuk 2017

  Pol Espargaro dan Bradley Smith akan berlumba dengan KTM RC16 dalam MotoGP Brad Binder dan Miguel Oliveira akan mulakan usaha KTM dalam kategori Moto2 Niccolo Antonelli dan Bo Bendsneyder akan mempertahan kejuaraan KTM dalam Moto3 KTM baru sahaja melancarkan kesemua motorsikal yang akan berlumba dalam ketiga-tiga kategori MotoGP, Moto2 dan Moto3. Perlancaran berlangsung semalam…