Sejak diperkenalkan pada Mac tahun lalu di Litar Mugello, kesemua 10 unit Aprilia RSV4 X terjual dalam tempoh beberapa jam. Menggunakan RSV4 1100 Factory sebagai asas utama, versi edisi terhad ini menghasilkan 225hp dengan berat hanya 165 kilogram! Jentera ini juga merupakan mesin dua roda sulung yang mengguna pakai gear neutral bawah gear pertama dan kaliper…
Tag: Max Biaggi
Didi Resources Sdn. Bhd. telah melancarkan “Aprilia 3S Centre” baharu di Malaysia. Duta Antarabangsa Aprilia dan Juara Dunia berbilang kali, Max Biaggi turut hadir sewaktu pelancaran ini. Pusat perkhidmatan 3S ini terdiri daripada bilik pameran, pusat perkhidmatan penyelenggaraan dan fasiliti alat ganti.
Max Biaggi telah memenangi lima daripada enam kejuaraan dunianya dengan Aprilia. Juga dikenali dengan gelaran “The Roman Emperor”, dia merupakan salah seorang penunggang yang telah menjulang jenama tersebut, ke tahap yang lebih tinggi berbanding dengan mana-mana penunggang yang lain. Dan oleh kerana itu, jenama dari Itali tersebut telah melantiknya sebagai Duta Global mereka.