PDRM Buru Geng Rempit SBK Syok “Wheelie” Di Lebuhraya

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan beberapa mat rempit yang dirakam menunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor. Video berdurasi 20 saat itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi melakukan aksi ‘wheelie’ di samping menunggang secara berbahaya.  Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, pihaknya menerima rakaman video tersebut pada jam…

Gadis 16 Tahun Lari Ikut Mat Rempit, Ibu Minta Bantuan

Orang ramai khususnya penduduk di Batu Pahat diminta membantu mencari seorang remaja perempuan yang dipercayai melarikan diri dari rumahnya bersama seorang lelaki dengan menunggang motosikal. Siti Azizah Mohd. Mazlan, 40, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu iaitu Norshahzrin Shahzwani Mohd. Hafiz, 16, disedari hilang ketika mahu mengejutkannya untuk pergi ke sekolah pada pukul 5 pagi, 11…

Ubah Suai Motosikal, Kenapa Hanya Anak Muda Kena Tindakan Tapi Pembekal Dibiarkan?

Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia, menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap pembekal dengan mengharamkan kemasukan alat ganti modifikasi motosikal sebagai usaha menangani gejala lumba haram dalam negara. Perkara itu disampaikan ketua aktivis, Kamarudin Mohd Hussain yang berkata tidak mungkin anak muda boleh mengubah suai motosikal mereka jika tidak kerana pembekal dibenarkan membawa masuk alat ganti berkaitan ke…

Wanita Bukan Lagi Taruhan, Lumba Haram Tawar Habuan Hingga RM450,000!

Selepas dua tahun menyepi ekoran pandemik Covid-19, kegiatan lumba haram dikenal pasti kembali aktif. Demikian pendedahan terbaru oleh Utusan Malaysia dalam satu laporan yang diterbitkan hari ini. Menurut laporan tersebut, rata-rata Mat Rempit dah kembali gian untuk beraksi di jalan raya utama dan lebuh raya bukan hanya di Lembah Klang malah di sekitar kawasan lain….

Ketatkan Larangan Pengubahsuaian Motosikal – Lee Lam Thye

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, menggesa kerajaan untuk menangani isu mat rempit yang menyumbang kepada angka kematian tinggi dalam negara. Gesaan itu dibuat susulan kejadian yang berlaku di Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (SILK) apabila dua anggota polis maut ketika mengejar suspek lumba haram. “Sehingga 2021, terlalu banyak kes kematian membabitkan anggota…

Cetus Bunyi Bising Di Pantai, Kumpulan Mat Rempit Di Serang Orang Awam

Kebiasannya, ‘mat rempit’ menjadikan stesen minyak, tepi lebuhraya dan acara besar sebagai medan untuk uji bunyi jentera siapa yang lebih kuat tetapi dalam satu kejadian di Lahad Datu, Sabah, kumpulan ini bertindak sedemikian di tepi pantai. Menurut perkongsian video di Facebook, orang awam yang sedang beriadah di tepi pantai telah bersemuka dengan kumpulan mat rempit…

Denda RM100,000 Atau Penjara Lima Tahun Untuk Bunyi Ekzos Bising!

Pemilik motosikal dengan ekzos yang lantang mungkin akan dikenakan denda RM100,000 atau penjara selama lima tahun sekiranya didapati bersalah di bawah Akta Alam Sekitar. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merancang untuk bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam sebagai salah satu cara menangani masalah mat rempit. Sebarang pengubahsuaian ekzos melebihi had 75dB (desibel) dianggap…