Meskipun terdapat ura-ura yang mengatakan Honda CBR1000RR Fireblade akan muncul dengan enjin V4 sepertimana yang terdapat pada jentera RC213V namun model baharu itu masih mengekalkan enjin empat in-line bagi 2020. Bagaimanapun, jentera baharu ini difahamkan lahir menerusi kerjasama rapat dengan Honda Racing Corporation (HRC). Jentera baharu ini menghasilkan 217hp pada 14,500rpm dan 113Nm pada 12,500rpm…
Tag: Marc Marquez
Meskipun sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-19 di GP Jepun, semalam, namun Hafizh Syahrin tetap mencuri tumpuan apabila membantu menunda juara MotoGP, Marc Marquez. Marquez – yang turut menjuarai perlumbaan di Litar Motegi itu – mengalami masalah enjin sebaik menamatkan perlumbaan. Saksikan rakaman di bawah: Hafizh kemudiannya menghulurkan bantuan dengan menunda juara dunia enam kali…
Pelumba ikon MotoGP, Valentino Rossi mengakui tidak akan terkejut sekiranya Marc Marquez berjaya merekodkan sembilan kejuaraan dunia dalam kariernya. Marquez mengesahkan kejuaraan MotoGP buat kali keenam di kelas premier selepas muncul juara di GP Thailand, baru-baru ini. Dia kini memiliki rekod lapan kejuaraan termasuk satu kejuaraan dunia bagi segmen 125cc dan Moto2. Kejayaan Marquez turut…
Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez menyifatkan gaya tunggangan Fabio Quartararo bersama Petronas Yamaha mengingatkannya kepada Jorge Lorenzo. Lorenzo menjadi pesaing Marquez ketika menyertai Yamaha pada 2013 dan berjaya meraih tiga kejuaraan dunia di kelas premier termasuk pada 2015 apabila dia berjaya menewaskan wakil Honda itu. Seperti Lorenzo, Quartararo turut gemar memasuki selekoh dengan kelajuan tinggi….
Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez, mengesahkan kejuaraan dunia kali kelapan – enam di kelas premier – selepas berjaya mengetepikan saingan Fabio Quartararo di GP Thailand, hari ini. Musim 2019 menampilkan aksi paling mantap oleh Marquez apabila berjaya merekodkan 14 podium dan sembilan kemenangan sekaligus muncul juara meskipun kalendar MotoGP masih berbaki empat perlumbaan – Jepun, Australia,…
Selepas aksi di Mugello, Jorge Lorenzo telah terbang ke ibu pejabat Honda di Jepun bagi mencari jalan terbaik untuk mencapai keserasian dengan jentera RC213V. Bagaimanapun, dia kemudiannya terlepas empat aksi perlumbaan susulan kemalangan di Assen. Aksi terumbang-ambing bersama Honda musim ini mula menimbulkan desas-desus bahawa Lorenzo telah menghubungi Ducati dan Petronas Yamaha dalam percubaan untuk…
Pelumba Honda, Marc Marquez, menampilkan aksi mantap sebaik perlumbaan bermula apabila kekal di kedudukan pertama sehingga ke pusingan akhir. Sementara tempat kedua dan ketikga menjadi milik wakil Ducati, Andrea Dovizioso dan Jack Miller. Marquez menoktahkan kemenangan sebaik perlumbaan bermula apabila tiada cabaran yang berjaya ditampilkan pesaing lain. Pelumba Sepanyol itu menamatkan saingan dengan catatan masa…
Pelumba Petronas Yamaha, Fabio Quartararo mendakwa kemalangan yang menimpanya berlaku daripada kesilapan Alex Rins yanng memintasnya di selekoh pertama. Quartararo mengalami insiden ‘highside’ lalu terbabas yang turut menyaksikan jenteranya dilanggar Andrea Dovizioso. Dovizioso terpaksa dikejarkan ke hospital susulan mengalami hilang ingatan sementara apabila mengalami hentakan kuat susulan perlanggaran tersebut. Quartararo kemudiannya menjelaskan bahawa kemalangan tersebut…
Pelumba Ducati, Andrea Dozioso muncul juara di GP Austria selepas berjaya memintas pendahulu kejuaraan, Marc Marquez di selekoh terakhir. Sementara pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo, melengkapkan podium ditempat ketiga selepas berjaya mengetepikan cabaran wakil Yamaha, Valentino Rossi (keempat) dan Maverick Vinales (kelima). Quartararo berjaya mendahului kelompok depan buat sementara waktu apabila Marquez dan Dovizioso…