Kunjungi Shell Advance Ride-Thru di Shell MotoGP 2018 untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Anda akan menerima perkhidmatan yang terbaik dengan perbelanjaan minima serendah RM30 sahaja. Shell Advance Ride-Thru ini terletak di kawasan parkir P1.
Tag: Malaysia MotoGP 2018
Shell Malaysia telah menganjurkan satu sesi bertemu peminat yang amat istimewa bersama dengan penunggang pasukan pengilang Ducati MotoGP, Jorge Lorenzo. Para peminat penunggang berkenaan telah berkumpul di Pavilion, Kuala Lumpur. Acara ini diadakan bersempena dengan pusingan MotoGP Malaysia 2018 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (2-4 November 2018).