Tag: Litar Antarabangsa Sepang
Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) telah menganjurkan sesi hari litar mereka yang pertama untuk tahun ini pada hari Ahad yang lalu (6 Mei 2018). Lebih daripada 120 orang pemilik motosikal Ducati telah menyertai kemeriahan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Pelbagai jenis model Ducati telah beraksi di atas litar, dari Panigale hinggalah ke Streetfighter.
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menganjurkan acara Kawasaki Track Day 2018 pada hari Ahad (6 Mei 2018) yang lalu. Kira-kira 100 orang pemilik Kawasaki telah menyertai acara hari litar yang menyeronokkan ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Juara ARRC 2017, Azlan Shah Kamaruzaman juga turut serta dalam acara ini bagi menguji jentera Ninja ZX-10R milik…