Tapak Letak Kereta Litar Antarabangsa Sepang Dipenuhi Sampah

Prinsipal Malaysia Speed Festival (MSF), Adian Yen, luah rasa kecewa terhadap segelintir peminat sukan permotoran di Malaysia ekoran menjadikan tapak letak kenderaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai tempat buang sampah. Adian dalam perkongsian di laman Facebook MSF SuperTurismo turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan tapak tersebut dipenuhi sampah. “Ada sesuatu yang tidak kena…

Acara Berbasikal Akan Kerap Diadakan Di Sepang – Azhan

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Azhan Shafriman Hanif, mendedahkan acara berbasikal akan diadakan lebih kerap di litar tersebut. Azhan turut menjelaskan bahawa Litar Sepang bukan eksklusif kepada sukan permotoran sahaja malah terbuka untuk semua pihak yang berminat untuk mengadakan program di litar tersebut. Ini kerana fokus baharu SIC adalah membuka peluang kepada orang awam…

Ujian Pra-Musim MotoGP Batal, Aktiviti Lain Ditunda Sepanjang PKP – SIC

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengesahkan pembatalan ujian pra-musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang yang dijadualkan berlangsung Februari ini. FIM, Dorna Sports dan IRTA telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pembatalan ujian pra-musim di Sepang yang sepatutnya berjalan pada 12 hingga 21 Februari ini. Pembatalan tersebut seperti yang dijelaskan SIC adalah susulan peningkatan kes Covid-19 di…

MotoGP Umum Pembatalan Ujian Pra-Musim Di Sepang

Ujian pra-musim rasmi MotoGP yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Februari telah dibatalkan. Sebelum ini, Dorna dan IRTA bersama-sama bekas Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali dikatakan telah mengadakan perbincangan bersama kerajaan Malaysia bagi mencari solusi terbaik susulan pengunjung luar harus menjalani kuarantin wajib tujuh hari. Bagaimanapun, aksi di Sepang kini…

Jana Pendapatan Ekstra, SIC Cadang Buka Litar Kepada Acara Berbasikal

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang mempertimbangkan untuk membuka litar kepada acara lain antaranya berbasikal bagi mempelbagaikan pendapatan. Perkara itu disahkan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif susulan sukan permotoran tempatan terkesan teruk dengan pandemik Covid-19 lantas membenarkan acara berbasikal serta larian adalah inisiatif terbaik untuk dipertimbangkan. “Kira-kira 80 hingga 90 peratus perniagaan kami…

Pembatalan MotoGP Perlu Demi Keselamatan Semua Pihak – SIC

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antabarangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif mendedahkan pembatalan GP Malaysia merupakan keputusan yang sukar namun perlu bagi menjaminkan keselamatan semua pihak terutamanya pengunjung. Penganjur MotoGP, Dorna telah mengumumkan perlumbaan 13 pusingan di sekitar Eropah namun meletakkan beberapa venue lain dalam pertimbangan termasuk Malaysia. Bagaimanapun, bagi mempertimbangkan penganjuran di Malaysia, Dorna meletakkan…

MotoGP: Penganjuran GP Malaysia Akan Ditentukan Hujung Bulan Ini

Keputusan mengenai penganjuran MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan ditentukan hujung bulan ini. Pendedahan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Azhan Shafriman Hanif dalam kenyataan rasmi yang diumumkan baru-baru ini. Menurutnya, pihak SIC akan membuat pengumuman mengenai penganjuran kejohanan antarabangsa termasuk MotoGP pada hujung bulan ini. Bagaimanapun, fokus SIC ketika ini masih tertumpu kepada…

SIC Kembali Beroperasi, Tak Lebih 10 Individu Dibenarkan Setiap Sesi

Selepas dua bulan ditutup susulan pandemik Covid-19, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini kembali beroperasi. Bagi menjamin kesejahteraan kakitangan , pelumba, pasukan dan pengunjung, keseluruhan fasiliti telah pun disanitasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sementara itu, SIC telah menetapkan beberapa langkah yang perlu diambil semua pihak…

CEO Baharu SIC Terbuka Dengan Cadangan Kembalikan Formula 1

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif terbuka dengan cadangan menganjurkan semula Formula 1 (F1). Bagaimanapun, dia mengakui pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum idea itu mampu dilaksana. “Menganjurkan semula F1 bukan keutamaan saya ketiaka ini tetapi jika peluang itu hadir dengan tawaran yang baik saya akan memberi sokongan kerana…