F1: Tayar Pancit Di Lap Terakhir Tak Gugat Hamilton Juarai GP Britain

Saat dramatik menyingkap di Litar Silverstone apabila Lewis Hamilton menjuarai GP Britain dengan hanya tiga tayar. Hamilton mendahului perlumbaan sebaik dilepaskan dan tampak menamatkan aksi dengan selesa sehinggalah jenteranya mengalami masalah apabila tayar depan pancit sebaik memasuki lap terakhir. Bagaimanapun, dia berjaya meneruskan aksi dengan ketiadaan tayar depan disebelah kiri untuk merekodkan kemenangan ke-87 dalam…

Lewis Hamilton Tak Puas Hati Formula 1 Diteruskan

Juara dunia Formula 1, Lewis Hamilton menyuarakan rasa terkilan tatkala Formula 1 masih berjalan seperti biasa meskipun acara sukan besar lain telah pun dibatalkan. Susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19, rata-rata acara sukan besar telah pun dibatalkan atau ditunda antaranya MotoGP dan NBA. Malah, beberapa negara turut membatalkan sebarang acara yang melibatkan lebih 1,000 pengunjung. Bagaimanapun,…

Lewis Hamilton, Valentino Rossi Bertukar Jentera Di Valencia

  Enam kali juara dunia Formula 1, Lewis Hamilton dan sembilan kali juara dunia MotoGP, Valentino Rossi, akhirnya bertukar karier di Litar Valencia, baru-baru ini. Rossi diberi peluang memandu Mercedes W08 2017 sementara Hamilton menunggang Yamaha MotoGP YZR-M1 yang digunakan di MotoGP musim ini. Hamilton dan Rossi sudah sekian lama mengidamkan peluang untuk mencuba jentera…

Petronas Bersama Lewis Hamilton Lancar Petronas Syntium With Cooltech

Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) melancarkan barisan minyak Petronas Syntium dengan Cooltech serba baharu yang berupaya menangani kepanasan enjin yang melampau sekaligus memastikan prestasi yang optimum. Pengalaman lebih 20 tahun dalam arena Formula 1 serta 5 kejuaraan dunia menjadikan Petronas antara peneraju dalam menghasilkan minyak enjin terbaik untuk jentera empat roda. Barisan minyak enjin Petronas…

Tambahan Masa 5 Saat Menafikan Kemenangan Sulung Vettel

Lewis Hamilton muncul pemenang di GP Kanada sekaligus mengukuhkan kedudukan dalam perebutan kejuaraan selepas tambahan masa lima saat menafikan kemenangan sulung Sebastian Vettel musim ini. Saat penentu tersebut berlaku di pusingan ke-48 apabila Vettel – yang sedang mendahului perlumbaan – tersasar daripada litar di selekoh keempat sebelum bingkas kembali sertai perlumbaan dengan merentasi permukaan berumput….

F1: Hamilton Mahu Mercedes Jadi Pasukan Terbaik Dalam Sejarah

Mercedes menyamai rekod lima kali menamatkan perlumbaan satu-dua Formula 1 apabila Lewis Hamilton berjaya memintas rakan sepasukan Valtteri Bottas untuk menjuarai GP Sepanyol, pada Ahad. Pertahan juara, Lewis Hamilton, turut meraih bonus masa terpantas buat julung kalinya musim ini di samping kembali mendahului kedudukan kejuaraan dengan perbezaan tujuh mata di atas pesaing terdekat, Bottas. Hamilton…

GP Australia: Bottas Lakar Kejutan, Hamilton Bergelut

Valtteri Bottas berjaya mengatasi rakan sepasukan Mercedes dan pertahan juara, Lewis Hamilton dalam aksi pembukaan tirai Formula 1 di GP Australia. Hamilton memulakan perlumbaan di petak pertama buat kali keenam berturut-turut di Melborne namun dipintas seawal selekoh pertama dan tidak mampu mengekori rapat Bottas yang kali terakhir muncul pemenang di GP Abu Dhabi 2017. Max…

F1: Mata Bonus Untuk Pelumba Terpantas

Menjelang saingan pembukaan Formula 1 minggu ini di Australia, Suruhanya Formula 1 mengumumkan bahawa pelumba yang berjaya mencatat masa terpantas akan dianugerahkan dengan kutipan mata bonus. Pengumuman yang dibuat semalam itu menjelaskan kutipan mata bonus itu akan dianugerahkan kepada pemandu dan pasukan yang berjaya mencatat masa terpantas dengan syarat mereka berjaya menamatkan perlumbaan dikedudukan 10…

Lewis Hamilton Terbabas Sewaktu Menunggangi Motosikal Superbike, Kirim Pesanan Buat Valentino Rossi

Juara bertahan dan pemegang takhta kejohanan Formula 1 lima kali, Lewis Hamilton, telah terbabas sewaktu menunggangi motosikal superbike di atas litar. Dia telah ditemani oleh para penunggang bagi pasukan Yamaha WorldSBK, Alex Lowes dan Michael van der Mark. Dia kemudiannya telah meluahkan rasa sayangnya terhadap motosikal dan membuat satu permintaan buat Valentino Rossi.