MotoGP: KTM Berganding Bersama Tech3 Untuk 2019!

KTM telah mengumumkan satu usahasama yang baru mereka bentuk bersama dengan pasukan Tech3 bagi MotoGP musim 2019. Selepas menjalani satu musim yang cukup memberangsangkan pada tahun 2017, pengeluar dari Austria tersebut telah bersedia untuk mengendalikan sebuah pasukan satelit di atas grid perlumbaan. Empat buah jentera perlumbaan KTM RC16 akan bersaing serentak bermula tahun 2019.