Beleklah KTM RC390 R 2018 Edisi Terhad!

  KTM telah memperkenalkan motosikal sedia litar homologasi dan teramat terhad, KTM RC390 R 2018. Direka untuk lebih mesra litar, KTM juga turut menyediakan kit perlumbaan penuh Supersport 300 bagi motosikal RC390 R tersebut. Ditetapkan harganya pada €8,500 (sekitar RM40,901), motosikal RC390 R ini hanya dihadkan kepada 500 buah unit sahaja di seluruh dunia.