Jentera perlumbaan KTM RC16 menggunakan kerangka keluli trellis dan suspensi WP. Ini berbeza berbanding dengan spar aluminium dan suspensi Öhlins yang menjadi pilihan pasukan MotoGP yang lain. Apabila ditanya sama ada mereka akan menukarkan kelengkapan dan bahagian tersebut, ketua pasukan KTM menidakkannya.
Tag: KTM MotoGP
Hafizh Syahrin bersama KTM telah bersedia untuk menyahut cabaran MotoGP 2019. Dengan sesi ‘winter test’ yang akan bermula tidak lama lagi, ia merupakan satu langkah bersejarah bukan sahaja untuk pelumba MotoGP pertama dari Malaysia malah untuk KTM juga di dalam musim ketiga mereka berlumba di kelas tertinggi.
Tulang selangka kanan Dani Pedrosa telah tercedera semula. Dan oleh kerana itu, dia tidak dapat menghadiri ujian pemanas di SIC. Tulang itu telah tercedera sewaktu latihan fizikal, dan bukannya akibat kemalangan.
Pada bulan Jun yang lalu, Dani Pedrosa telah mengumumkan bahawa dia akan bersara dari perlumbaan MotoGP pada penghujung musim 2018. Dani, yang baharu sahaja memasuki usia 33 tahun, telah berjaya menaiki podium MotoGP sebanyak 33 kali, namun tidak pernah memenangi kejohanan dunia tersebut. Pasukan Bull KTM telah merebut peluang ini dan mengambil Dani sebagai penunggang…
Johann Zarco akhirnya telah mengumumkan bahawa dia akan menyertai pasukan pengilang KTM bagi MotoGP musim 2019 dan 2020. Penunggang kelahiran Perancis itu akan berganding dengan Pol Espargaro yang juga telah memperbaharui kontrak dua tahun bersama KTM. KTM yakin yang Zarco akan mampu mengemudi jentera KTM RC16 bagi menduduki tempat di atas podium.
Penunggang bagi pasukan Monster Yamaha Tech 3,Johann Zarco, dikatakan bakal berpindah menyertai pasukan pengilang KTM bagi musim 2019. Khabar angin terkini mengatakan yang penunggang kelahiran Perancis itu telah mencapai kata sepakat bersama pengeluar dari Austria tersebut. Jika ianya benar, Johann Zarco akan menjadi penunggang pasukan pengilang KTM dan akan mengemudi jentera MotoGP terkini mereka, KTM…
KTM Malaysia menggegarkan MotoGP Malaysia 2017 dengan penuh bergaya sekali. Penunggang Moto3 dan Moto2 telah turun ke padang bagi sesi ramah mesra dan tandatangan bersama dengan para peminat. Penunggang MotoGP juga telah menghadiri sesi beramah mesra dan tandatangan bersama dengan peminat pada hari ini.
Tempat bagi MotoGP 2018 di pasukan Avintia Reale Ducati masih lagi tidak diisi memandangkan mereka masih belum mengesahkan sebarang penunggang buat masa ini. Penunggang semasa mereka, Loris Baz dan juga Hector Barbera dikatakan tidak akan meneruskan usaha perlumbaan mereka bersama dengan pusukan Avintia Ducati itu untuk musim hadapan. Desas-desus mengatakan Tito Rabat akan membawa…