EICMA 2019: Segmen ‘Entry-Level’ Dapat Ahli Baru, KTM 390 Adventure Diperkenalkan!

Selepas tujuh tahun penantian akhirnya KTM 390 Adventure dilancarkan di EICMA 2019! Jentera segmen adventure ini dijangka akan menarik perhatian ramai pencinta dua roda yang rata-rata mencari motosikal adventure tanpa perlu menghabiskan duit simpanan. Berkongsi enjin sama dengan KTM 390 Duke, model baharu ini diinspirasikan daripada 790 Adventure yang baru sahaja dilancarkan awal tahun ini….

KTM 390 Adventure 2019 Sah Akan Dikilangkan!

KTM India telah mengesahkan bahawa model KTM 390 Adventure 2019 yang baharu akan sedia untuk dikilangkan pada tahun hadapan. Motosikal kembara tahap permulaan yang baharu itu akan berkongsi platform yang sama seperti model 390 Duke dan RC390. Model 390 Adventure yang baharu ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun ini sewaktu EICMA 2018.