KTM 390 Adventure 2019 Sah Akan Dikilangkan!

KTM India telah mengesahkan bahawa model KTM 390 Adventure 2019 yang baharu akan sedia untuk dikilangkan pada tahun hadapan. Motosikal kembara tahap permulaan yang baharu itu akan berkongsi platform yang sama seperti model 390 Duke dan RC390. Model 390 Adventure yang baharu ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun ini sewaktu EICMA 2018.