Rangkaian Motosikal KTM 1290 Super

Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Rangkaian KTM 1290 Super adalah rangkaian utama untuk KTM. Dijana oleh enjin 1301cc, DOHC, sejukan cecair V-Twin 75 darjah dengan beberapa talaan yang berbeza, motosikal-motosikal ini adalah jentera yang amat mengujakan untuk ditunggang. Keluarga 1290 Super terdiri daripada motosikal lumba naked, sport-tourer, dan adventure-tourer.

Gambar Intipan KTM 1290 Super Duke GT 2018 Tersebar

  Lebih banyak gambar intipan KTM 1290 Super Duke GT 2018 telah tersebar di atas talian baru-baru ini. Model bagi tahun 2018 tampak seperti akan mendapat pelbagai kemaskini pada bahagian hadapannya terutamanya dengan lampu hadapan, reraup, dan penghadang angin yang baru. Motosikal Super Duke GT 2018 ini dijangkakan akan dilancarkan pada penghujung tahun 2018 bagi…