Kelab motosikal Kawasaki GTROC (GTR Owner Club) telah mengadakan perhimpunan kali ke-6 mereka pada hari ini. Konvoi ini bermula dari ibu pejabat Kawasaki Motor (Malaysia) Sdn. Bhd. di Glenmarie, Shah Alam. Mereka akan menunggang menuju ke Melaka untuk bertemu dengan satu lagi kumpulan motosikal GTR bagi menjadikan jumlahnya sebanyak 300 buah motosikal.
Tag: KMMSB
Kawasaki Motors (Malaysia) telah menambah satu lagi cawangan Kawasaki GT World Ninja Shop. Fasiliti yang terbaru itu diuruskan oleh SC Premium Bikes Sdn. Bhd. dan terletak di Bandar Sunway. Cawangan ini juga dilengkapi dengan Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki. (Kawasaki Exclusive Service Centre).