Pengeluar komponen selepas jualan dari Jepun, Kitaco, telah mengubahsuai sebuah motosikal Honda Monkey yang comel menjadi sebuah motosikal café racer. Ia kini tampak lebih gagah perkasa, namun pada masa yang sama, tidak hilang kecomelannya. Motosikal Honda Monkey adalah sebuah platform yang sesuai untuk pengubahsuaian.