Pengeluar senjata Russia, Kalashnikov akan menghasilkan motosikal elektrik bagi kegunaan pasukan polis dan juga tentera. Kalashnikov juga akan membekalkan motosikal ini untuk pihak penguatkuasa undang-undang sewaktu Piala Dunia 2018 di Russia. Pihak tentera berminat untuk menggunakan motosikal elektrik kerana ianya senyap dan tidak memerlukan bahanapi.