Heaven MC, sebuah kelab yang ditubuhkan pada tahun 2015 yang kebanyakannya terdiri daripada para pemilik Harley-Davidson, namun ianya terbuka untuk semua jenis motosikal janaan V-Twin. Presidennya menyatakan yang ianya sebuah kelab motosikal nirlaba (non-profit) yang menyeronokkan. Kelab ini kebiasaannya menganjurkan konvoi dalam negara, dan turut menunggang ke Thailand sebanyak tiga kali dalam setahun.
Tag: kelab motosikal
Kelab motosikal, Heaven MC, telah menghadiri acara Harley-davidson Petaling Jaya (HDPJ) di 3Damansara. HDPJ telah mengadakan satu acara peragaan di pusat membeli belah 3Damansara Mall. Presiden Heaven MC, Nick Lum, hadir bagi memberi sokongan untuk acara tersebut.
Begitu ramai kelab motosikal telah menjadikan Melaka sebagai destinasi penunggangan mereka, dan kali ini, tiba giliran Moto Guzzi Malaysia. Konvoi berkenaan telah mengikuti laluan dengan pemandangan yang indah dari Port Dickson ke Melaka. Pelbagai koleksi model motosikal Moto Guzzi telah muncul untuk turut sama menyertai konvoi ini.
Kelab Motorsikal Helang Malaysia (HTC MC) dikenali ramai atas usaha amal kebajikannya Baru-baru ini, mereka telah mendermakan sebuah mesin dialisis serba baru kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF). Kelab motosikal ini mempunyai ahli yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan dan juga golongan profesional yang amat meminati motosikal Harley dan juga usaha kebajikan.