Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) dengan secara rasminya telah melancarkan model Kawasaki Ninja ZX-10RR dan Ninja ZX-6R 2019. Pelancarannya telah diadakan di KLIMS 2018 bersama dengan pengenalan produk Kawasaki Genuine Oil. Kedua-dua model ZX-10RR dan ZX-6R baharu telah ditetapkan pada harga RM159,900 dan RM79,900.
Tag: Kawasaki Ninja ZX-6R 2019
NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration) tanpa sengaja telah memuatnaik satu senarai motosikal Kawasaki bagi tahun 2019 di laman sesawang mereka. Di antara motosikal yang muncul dalam senarai ini adalah Ninja ZX-6R yang baharu. Kami jangkakan yang motosikal untuk tahun 2019 tersebut tampil dengan pelbagai pengemaskinian bagi mengatasi pesaingnya, Yamaha YZF-R6.