Suzuki Katana 2019 Telah Tiba Di Malaysia!

Suzuki Malaysia telah memuatnaik dalam laman Facebook mereka gambar motosikal Suzuki Katana 2019 yang telah pun tiba di tanah air kita! Bagaimana pun, maklumat tambahan mahu pun harga rasminya masih tidak diketahui. Satu carian di Mudah.my mendapati ada pos-pos dari bulan lepas yang menawarkan motosikal berkenaan pada harga RM85,000.