Suzuki Malaysia telah memuatnaik dalam laman Facebook mereka gambar motosikal Suzuki Katana 2019 yang telah pun tiba di tanah air kita! Bagaimana pun, maklumat tambahan mahu pun harga rasminya masih tidak diketahui. Satu carian di Mudah.my mendapati ada pos-pos dari bulan lepas yang menawarkan motosikal berkenaan pada harga RM85,000.
Tag: Katana 2019
Suzuki telah memperkenalkan motosikal Suzuki Katana 2019 di pertunjukan motosikal Intermot. Motosikal baharu ini menggabungkan elemen klasik model asal dengan idea yang baharu. Enjinnya adalah berdasarkan kepada model GSX-S1000F dan menghasilkan 147p.