Bagaimana Ia Dibina: Casis Perlumbaan Moto2 Kalex

Kategori perlumbaan Moto2 dengan nyata sekali telah didominasi oleh sebuah pengeluar casis motosikal iaitu Kalex. Dengan sebuah casis berteknologi paling maju, hampir 70% daripada keseluruhan penunggang dalam kelas perlumbaan pertengahan menggunakan Kalex untuk musim 2017. Para penunggang seperti Johann Zarco, Franco Morbidelli, dan juga Hafizh Syahrin telah menggunakan motosikal Kalex kerana kehebatannya itu.