Penunggang tidak menggunakan laluan motosikal antara kesalahan tertinggi dicatatkan menerusi operasi bersepadu yang dijalankan di Lebuhraya Koridor Guthrie (Guthtie). Operasi bersepadu yang bermula kira-kira jam 10.30 pagi ini dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi lain. Ketua Polis…
Tag: JPJ
Penggunaan nombor plat terlampau fancy merupakan antara kesalahan dilakukan oleh penunggang motosikal dalam Op Lejang yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di susur masuk Plaza Tol Senawang di sini malam tadi. Operasi selama lima jam bermula pukul 12 tengah malam itu diadakan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Bandaraya Seremban dengan memberi…
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menahan seorang remaja selepas didapati menunggang sebuah motosikal yang belum didaftarkan dengan jabatan tersebut dalam Ops Lejang di Jalan Kota Bharu-Bachok di sini kelmarin. Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, motosikal jenis Honda RS-X itu ditunggang oleh remaja lelaki berusia 16 tahun semasa operasi dijalankan. Katanya, remaja terbabit dikenakan…
Sebanyak 675 buah motosikal diperiksa dengan 235 daripadanya telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan dalam Op Lejang terbaharu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di dua lokasi berbeza di Seberang Perai. Selain berhampiran Plaza Tol Juru, operasi yang sama turut dijalankan berhampiran tol Jambatan Pulau Pinang. Berbanding operasi terdahulu, Op Lejang kali ini diadakan secara…
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya ‘menghidu’ taktik penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menggunakan lesen L (lesen memandu percubaan) bagi mengelak dikenakan tindakan pihak berkuasa. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, kebanyakan golongan itu menggunakan alasan belum memperbaharui lesen penuh (Kelas B) semasa pemeriksaan dijalankan. “Penunggang motosikal kuasa tinggi yang tidak…
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mempertimbangkan hukuman yang lebih berat terhadap pelumba motosikal haram atau ‘mat rempit’ susulan kedegilan golongan itu yang suka menjadikan jalan raya sebagai litar lumba sehingga menyebabkan kematian. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli perkara tersebut akan diputuskan dalam masa terdekat. “Kita telah mendapat arahan daripada…
Kebanyakan pemandu yang ditahan ketika operasi di Kelantan kerana lesen tidak diperbaharui selepas berakhirnya tempoh moratorium menggunakan alasan lupa untuk cuba melepaskan diri dari hukuman. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, mereka dikesan dalam operasi bersepadu sempena Hari Raya Aidiladha itu yang berlangsung selama empat hari baru-baru ini. Katanya, pihaknya mengeluarkan…
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan aktif meronda bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya pada hujung minggu yang panjang, ketika orang ramai membuat perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Perancangan) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS), dianggarkan dua juta kenderaan akan menggunakan lebuh…
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 143,630 notis saman kepada pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan trafik sepanjang tempoh antara 2019 hingga 23 Jun lalu. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, semua notis saman itu dikeluarkan kepada 136,448 warga asing dengan antara kesalahan utama dikesan adalah tiada lesen memandu, lesen…