Honda Gugurkan Dani Pedrosa Bagi Musim 2019 Bagi Membuka Ruang Buat Lorenzo?

Dani Pedrosa telah setia berkhidmat bagi pasukan Honda MotoGP sejak 2006 lagi. Dia sering dinamakan antara pesaing utama kejohanan, namun dengan kemerosotan prestasinya pada musim ini telah mengundang kritikan. Honda telah mengesahkan bahawa mereka telah memaklumkan Dani bahawa kontraknya tidak akan diperbaharui bagi tahun 2019. Tetapi, siapakah yang akan menggantikannya? Jorge Lorenzo adalah salah satu…

MotoGP Mugello, Itali 2018: Jorge Lorenzo Menangi Perlumbaan Pertamanya Bersama Ducati!

Setelah berusaha dengan gigih selama 18 bulan, Jorge Lorenzo akhirnya berjaya memperoleh kemenangan MotoGP-nya yang pertama di atas jentera Ducati. Kini berasa amat selesa dengan jentera Ducati Desmosedici GP18, Lorenzo telah menunjukkan aksi terbaiknya dan berjaya memenangi perlumbaan MotoGP Mugello, Itali 2018. Andrea Dovizioso (Ducati Team) dan Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) melengkapkan kedudukan podium.

MotoGP Perancis 2018: Marc Marquez Memenangi Perlumbaan di Perancis; Rossi Memanjat Semula Tangga Podium!

Marc Marquez (Repsol Honda) merangkul kemenangan MotoGP ketiganya pada musim ini sewaktu Pusingan MotoGP Perancis 2018 semalam. Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing) mendapat tempat ke-dua sebagai penunggang Ducati terpantas. Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) kembali semula ke atas podium walaupun bergelut dengan masalah pengendalian dan cengkaman.

MotoGP: Marquez Menangi GP Sepanyol 2018 Yang Penuh Mendebarkan

Marc Marquez (Repsol Honda) telah berjaya memenangi perlumbaan MotoGP keduanya pada musim ini di hadapan penonton senegaranya sewaktu GP Sepanyol 2018. Jorge Lorenzo, Andrea Dovizioso, dan Dani Pedrosa telah terlibat dalam satu pertembungan dan terbabas sewaktu bertarung bagi mendapatkan tempat ke-dua. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) dan Andrea Iannone (Team Suzuki Ecstar) merebut peluang…

MotoGP: Suzuki Ingin Jorge Lorenzo Bagi 2019?

Gosip MotoGP terbaru yang tengah panas membara telah mengandaikan yang Suzuki berminat untuk mendapatkan khidmat Jorge Lorenzo bagi tahun 2019. Dengan tahap kesabaran mereka yang semakin menipis untuk Andrea Iannone, pencarian untuk penunggang yang sesuai bagi jentera Suzuki GSX-RR telah pun bermula. Lorenzo pada ketika ini menghadapi kesukaran di atas jentera Ducati Desmosedici GP18, hanya…

MotoGP: Dani Pedrosa Kuasai Ujian Thailand!

Dani Pedrosa (Repsol Honda) telah menetapkan catatan masa yang terpantas di Litar Antarabangsa Buriram sewaktu sesi ujian tiga hari MotoGP di Thailand. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech3) tidak ketinggalan jauh di atas jentera Yamaha M1-nya. Marc Marquez (Repsol Honda) menduduki tangga ketiga setelah menyempurnakan lebih daripada 300 pusingan di Litar Antarabangsa Buriram.